Wednesday, November 17, 2010

^ IMTIHAN ^

Peperiksaan Akhir....

Jumaat ini adalah hari terakhir dirumah.
Sebelum aku melaksanakan tanggungjawab menduduki peperiksaan akhir...

Apa yang lebih penting sekarang ini adalah program tahunan KPIJ /Jambori Remaja Islam Peringkat Kebangsaan 2010..

Walaupun rasa terkilan hanya dapat bersama-sama sahabat 2 hari sahaja, namun aku yakin mereka memahami situasi aku dan aku perlu pulang ke kampus juga... =(

Berdebar-debar rasanya nak menduduki final exam semester ini...
Diam tak diam dah semester 3, tahun 2 sesi 2010/2011....

Teringat pula mesej semalam dari sahabat...
"Kak fida, takda mood nak raya" =(

Tak tahulah mengapa, mungkin exem dah dekat agaknya, fikirku...
Sebab beberapa hari lepas ada juga sahabatku mengadu tentang exam ini...
Mana tidak, sekejap sahaja masa berlalu..
Rasanya baru semalam habis kuliah dan tutorial bagi sem ini...
Terlalu pantas masa berlalu dan mncemburui kita...

Walau apapun, ini adalah kenyataan...
Aku kena terima dan lalui peperiksaan kali ini walaupun aku tak bersedia...
Inilah salah diri yang suka "study last minute"...

Tapi, aku tetap akan berusaha dengan sedaya upaya...

USAHA + DOA + TAWAKKAL = REDHA

Aku yakin...
Bila aku berpegang pada prinsip di atas, insya'Allah...
Setiap apa yang aku perolehi, pasti terbaik untukku dari Allah...

Akhir kalam....


SALAM IMTIHAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DI USIM,UnisZa, DAN MANA-MANA IPT YANG BERMULA PADA 22/11 - 4/12/2010..TIDAK LUPA KEPADA ADIK-ADIK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM DI STA, SMK MUNSYI SULAIMAN, SMKAS DAN SELURUH MALAYSIA...

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA, INSYA'ALLAH...

Tuesday, November 16, 2010

.:: SaLaM AiDilAdHa 1431 Hijrah ::..

Hebatnya kasih Nabi Ismail kepada ayahnya Nabi Ibrahim yang terlalu cintakan Allah hingga sanggup mengorbankan dirinya....

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)


Hari Raya Aidiladha ( (عيد الأضحى atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepaskhatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Haji ini sangat sinonim dengan istilah "Korban". Apa yang kita faham sebenarnya dengan Hari Raya Korban ini??

Pengorbanan apakah yang paling besar dalam hidup kita untuk orang lain??

Marilah sahabat-sahabat semua,kita muhasabah semula diri kita daripada rentetan sejarah antara bapa dan anak dengan Khaliknya..

Moga-moga kita juga tergolong dikalangan orang yang di cintai Allah, sanggup berkorban walaupun diri terkorban. Sama-sama kita menghayatu sejarah ini.


Friday, November 5, 2010

MUJAHADAHKU......



Setiap hari aku berdoa pd ALLAH...
"Ya Allah...jika dia terbaik untukku, dan aku terbaik untuknya, satukanlah hatinya dengan hatiku, jika tidak, leraikanlah dengan ketentuanMU..."

Aku berusaha memperbaiki diri ini...siapa yg tidak mahu jodoh yang baik, soleh dan solehah tapi aku yakin dgn kata-kata Allah dlm firmanNYA dlm Al-Qur'an yg bermaksud :

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga) “. (An-Nur : 26)

Maknanya sekarang, aku perlu memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri ini untuk memperolehi apa yang aku nak....

Jika lihat pada kata-kata di atas...Ya Allah...hebatnya aku jika aku mengharapkan hanya cinta-MU semata dan kerana itulah sekarang ini aku memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang solehah untuk mendapat pasangan yang soleh...

Mungkin benar kata si dia "Andai ada jodoh di antara kita, sama-samalah kita berdoa, Allah yang aturkan semua, perancangan kita tidak sehebat-NYA"....Bila muhasabah diri memang benar katanya...tidak mengapa...kupujuk jua hati ini...

Biarlah hijab yang Kau beri ini yang menjauhkan kami tanpa khabar berita mahupun melalui SMS....tapi aku yakin Ya Rahman...semua ini adalah terbaik untuk kami...Aku yakin Ya Rahim...Engkau sedang mendidik hati ini untuk aku mempertingkatkan lagi ilmu dalam diri dan belajar lagi tentang kehidupan ini untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar...Mungkin kerana banyak lagi tanggungjawb aku pada masa ini...
"PELAJAR + BELAJAR + TANGGUNGJAWAB" & ........."

Bagus juga bila berjauhan...Alhamdulillah.....Dapat didik hati ini...

Bantulah aku Ya Muhaimin...Hanya padaMU tempatku meminta dan mengadu...Hanya Engkau mengetahui segala isi hatiku ini...Biarlah berjauhan kerana aku yakin apa yang Engkau beri adalah yang terbaik untuk kami....Terima kasih Ya Rabb...Permudahkanlah....
"Pemilik Cintaku"....