Saturday, February 22, 2014

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..Hampir setangah tahun menyemi di blog ini..Kini rasa syukur sangat dapat menaip dan berkongsi cerita disini..

Ya Allah, ada sesuatu yg aku tak sangka..banyak sangat kesedihan yg aku alami dan aku lalui..banyak juga fitnah yg menyapa diri. hati menangis, bersabar atas segala ujian dr Allah.

Entah kenapa mereka suka lakukan sesuatu yg mengundang kemarahan aku, apatah lagi Allah..

Fitnah yg bukan hanya membuat aku kecewa malah aku merasakan mereka sengaja ingin menjatuhkan aku tapi aku kuat, terus diam dan melangkah.

Syukur, akhirnya Allah bagi aku rezki yg aku tak sangka..

''Org yg dizalimi doanya pasti makbul''.

Sunday, July 7, 2013

Syukuri Nikmat

Alhamdulillah, hujan membasahi bumi setelah jerebu melanda beberapa buah negeri di Malaysia ini..
Mungkinkah ini kifarah dari Allah atas umat manusia??

Allah, ini pengajaran buat diri..

Nikmat yg Allah bg sangat banyak, terkadang sampai kita tidak syukur..

Teringat lirik lagu nasyid;
'Apa yg ada jarang di syukuri'

Allah. setiap hari Allah datangkan rezeki kpd kita. Sedikit, banyak, dan rezki dtg dari pelbagai benda..Indahnya..

Muhasabah utk diri, sentiasa syukur dan hargai apa yg Allah bagi, semua itu rezki buat kita..

Saturday, June 15, 2013

~makin nak jauh, Allah hadirkan dia~

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..hari-hari yg berlalu sangat unik, ada sedih, ada gembira, ada ketawa, ada duka..
Inilah kehidupan kita..
Macam awan..Kejap cerah, kejap gelap..

Allah, hidup ini juga seperti pensel warna..
Ada warna cerah, ada warna gelap..

Hati kita juga begitu, ada masanya rasa tenang, ada masanya rasa resah gelisah..
Allah, hidup ini seperti roda, kejap di atas, kejap di bawah..


Ujian ni terkadang rasa berat sangat..Ingin aku lupakan segala kenangan pahit dalam hidup ini tap mustahil bagiku..Setiap kenangan walaupun pahit, pasti manis bila kita merenung kembali hikmahnya..

Aku terus berusaha, doa dan solat sunat terus aku lakukan..
Sampai aku minta pada Allah, luputkanlah ingatanku padanya jika dia bukan untukku..

Naúzubillah..kenapa aku macam ni? Terkadang menitik air mata ni..
MUJAHADAH wahai hati..

Cakap mudah tapi perlu sangat sabar..

Aku terus kuat melayari kehidupan.. Benarlah, kasih sayang ni tak boleh di paksa,.Walau kita benci seseorang, ia takkan boleh melupakan kerana, KENANGAN yg telah tercipta sebelum ini telah mengikat KASIH SAYANG..

Makin ingin jauhkan diri, ia datang dalam sepi tanpa pernah ku impi..

Istikharahku segalanya kepada Allah..Aku kena tenang, redha..paling utama adalah SABAR dl menemui jawapan ISTIKHARAH CINTA..

~Aku tak pernah fikir hartamu, tapi apa yg aku pandang adalah AGAMAmu~

Tuesday, June 4, 2013

3 minggu berlalu

Hidup ini seperti awan, ada ketikanya cuaca mendung, ada masanya ia cerah sepanjang hari,
Begitu juga kehidupan kita,
Tak pernah lekang dari ujian Allah mahupun perkara yang baik atau buruk.

Ada ketikanya hati ini sayu~sebak~sedih memikirkan ujian yg datang.
Allah, berat sangat, tp hatiku saja yg tahu apa yg aku rasakan.
Ada ketika air mata yg mengalir, tak mampu simpan apa yg ada dihati.

Allah bersama..
Air mata ni kesian tengok hati yg terlalu tabah terima qada' qadar dr Allah,
Mulut pun rasa tak tahan, ingin sekali diluah saja pd mereka di sekelilingku,
Ikut hati ingin meluahkan nya saja tapi sebagai manusia, aku yakin dengan Allah, 
Air mata ini adalah tandanya hati ini sangat halus, lembut dan kuat hadapi ujianNYA..
Air mata sentiasa menjadi pendamping hati yg bersedih..

AIR MATA + HATI = SAHABAT

Cukup bagiku Allah sebagai tempat bergantung
Cukup bagiku sahabat sejati sebagai tempat berkongsi

Ya Allah, aku sentiasa ingat akan firmanMu :

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Ali-Imran:216]

Jadikan aku muslimah yg sentiasa mujahadah dlm meneruskan perjalanan hidup ini..

Thursday, May 30, 2013

~SABAR DUHAI HATI~

Assalamu'alaikum..

Apa khabar teman-teman seperjuangan ku?.
Allah..lama sangat tidak mencoret di sini..
Mg kalian dlm rahmat Allah..

Hari terus berlalu...sangat pantas masa pergi..
Dua bulan tidak dirasai..
Alhamdulillah, jawapan yg di tunggu menanti..
Tak mampu menyimpan lama di hati ini..

~tenang~sebak~sayu~mengalir air mata~
 
"....maafkan sy........"

Sangat berat ujian hati ini Ya Rahman..
Aku teruskan usaha aku dgn berdoa kpd Allah..
Solat Hajat, Solat istikharah usaha ku lakukan..
Mahu jawapan yg pasti..
Aku perempuan, tak sama seperti lelaki..

Masa terus berlalu..
Aku menyerahkan segalanya pd Allah..
Jika di tanya rakan-rakan: "Jodoh ini rahsia Allah", doakan Allah permudahkan urusan..

Mungkinkah hanya sahabat? 



Friday, March 8, 2013

ISTIKHARAHKU



Alhamdulillah...hari berlalu begitu pantas..4 hari masa berjalan dengan cepat..Semalam akhi menyapa ku di FB..

Akhi :  "Dah ada jawapan?"

Saya : Belum, maaf, bagi ana masa sedikit lagi..

Allah..aku dapat merasakan mereka menanti-nanti jawapanku meskipun kena menunggu berhari-hari. Aku dah berfikir panjang, insya'Allah jawapan itu sudah ada, cuma aku belum bersedia mengungkapkan dan melafazkannya.

Malam tadi ada juga aku tanya,

Saya: Sahabat akhi ada bertanya tentang ana?

Akhi : Ada juga

Aku rasa serba salah sangat buat orang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, tapi untuk buat pilihan aku kena lebih berhati-hati lagi-lagi perkara yang melibatkan masa depan ku..

~Pilih terbaik antara yang baik~

Insya'Allah, sebentar lagi aku akan pulang ke kampus untuk exam esok, then tiba di rumah aku akan bagi tahu jawapanku..

"Ya Allah, jika Dia yang terbaik untukku, satukanlah hati kami, jika tidak, leraikanlah.."

Rasa takut pun ada tapi aku yakin dengan jawapanku ini...

Wednesday, March 6, 2013

Diakah IMAM ku?

Hari berlalu sangat pantas. Kini aku di tahun terakhir di universiti. Umur pun semakin meningkat. Semalam adalah hari yang menyedihkan kerana aku datang pejabat lambat atas sebab yang tidak dapat di elakkan.
Pulang dari pejabat hampir maghrib. Seusai solat maghrib, mengaji, aku tidur seketika..Tiba-tiba tersedar kerana kehadiran mesej seorang sahabat.

"Salam.. Ukhti sudah berpunya?."

Allah, soalan yang sangat mengejutkan aku..
Tersentap rasa. Terus je aku jawab,

 "Wa'alaikumsalam..tidak.."

Timbul persoalan di benakku..Kenapalah agaknya sahabat aku ini bertanya..Beberapa text mesej masuk dan aku reply. Nampaknya dia berterus terang tanpa kiasan. Menjadi perantara kepada sahabatnya untuk mengenali aku dengan lebih serius. Allah..macam-macam perasaan ada..

Last sekali, "bagi ana tempoh seminggu?". Tapi pesan pada sahabat akhi, jangan berharap cz takut jawapan ana tidak menepati kehendak dia".

Hari ini hari kedua aku memikirkannya. Pendapat ustaz ku dan sahabat yang aku thiqah menjadi tempat rujukan. Alhamdulillah, sikit demi sedikit aku mencari dan mengenali siapa "muslimin" itu. Nampak seorang yang soleh.

Ustaz kata, "Kalau soleh, apa salahnya mengenali dulu". Aku terdiam..

Kata Kak An, "Buat istikharah"..

Istikharahku masih berterus-terusan. Aku mengharapkan sinar yang bahagia pada masa akan datang. Aku tidak berharap pada hartanya, cukuplah "Imannya" menjadi pandanganku. Bukan juga pada rupanya..

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Sebentar tadi, bila bertanya, "kenapa akhi kenalkan ana dengan sahabat akhi?,
Akhi menjawab,: "sahabat ana ingin mencari zaujah di sini." Allah, aku bukan solehah, mungkinkah dapat yang soleh ini?.

Aku berusaha mencari dan mengharapkan petunjuk dari Allah. Moga Allah bagi yang terbaik buat kami.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jika ini jodohku, aku syukur sangat, jika tidak, pasti ada hikmah..Apa-apa pun, ISTIKHARAHKU belum berakhir..

Doakan..



Abangku di jemput ALLAH

Seusai membasuh baju dan mempersiapkan diri ke pejabat, sampai sms dari adik. Mula-mula rasa tenang tapi akhirnya menitis juga air mata ni. Aku di khabarkan dengan kematian "Abang Man".

Abg Man adalah abg tiri ku, kami sebapa tapi lain ibu. Hanya segilintir sahaja sahabat-sahabat yg mengetahui cerita adik-beradik ku. Kebanyakan mereka hanya mengetahui kami hanya 3 beradik sahaja. Aku bukan ingin menyembunyikan apa-apa tapi sebenarnya adalah untuk tidak mengungkit kisah dan sejarah lama dalam keluarga. Pape pun, mereka tetap darah dagingku.


Sangat sedih, menitik air mataku bila dapat sms. Sedihnya setelah dua hari berlalu pula tu. Allah, sangat hiba.
Sepupu ku ada menghubungi ayah tapi tidak dapat, ini mungkin kerana ayah telah menukar nombor telefonnya. Mujur sepupuku ada nombor kakak ku dan memberitahu perkara ini.

Tahun ini kami kehilangan insan yang kami sayang..Moga Allah sentiasa melindungimu..Maafkan kami tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir..



Wednesday, February 27, 2013

RINDU KALIAN

Semester terakhir sedang di lalui kami, namun rindu berputik di hati. Mengingat kembali kisah suka dan duka bersama, gelak ketawa, tangis dan hiba. Terlalu banyak dikongsi bersama. Dari semester 1 buat assigment dan tugasan bersama. Tapi kini kami berpisah seketika, membawa haluan masing-masing, menjalani praktikum di kebanyakan tempat yang berlainan.



Sesekali ingin bertanya khabar kalian, hanya doa yang mampu ku kirim untuk mengubat rindu di hati. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

"Sahabat yg sejati bukan mereka yg sentiasa di sisi tapi mereka yang sentiasa di ingati dalam setiap bisikan doanya."
>Imam Al-Ghazali<

Semoga ukhwah yang kita bina ini akan berkekalan selamanya. Terima kasih sudi menjadi sahabat fida. Maafkan segala salah silap selama kita bersama. Kalianlah sahabatku yang banyak mengingatkan diri menjadi hamba dan khalifah yang terbaik.

~HUBBU LAKUM LILLAHI TA'ALA~

Tuesday, February 26, 2013

Mungkin ini terbaik

Asalamu'alaikum sahabat-sahabat..

Lama sangat meninggalkan blog ini. Hari ni genap 3 bulan aku menyepi di sini.
Terlalu banyak yang ingin di coretkan, di kongsikan tapi hari ini aku memilih untuk berkongsi tajuk ini.
"Pilih yang terbaik".

Aku di lamar untuk menjadi saf qiyadah dalam jemaah, namun awal-awal lagi hatiku tetap dengan pendirianku.. 

Terlalu banyak masa aku bersama jemaah dan orang lain, tidak mungkin aku korbankan semua itu semata-mata untuk kepentinganku sendiri dan untuk mendapat nama di mata manusia dan tidak mungkin akan ku tinggalkan begitu sahaja.

Terlalu sayang sangat pada jemaah kerana ia benyak mentarbiyah diri. Sahabat-sahabat yang banyak bersama suka dan duka di medan DA'WAH ini.

Cukuplah bagiku pada ketika ini aku membantu tanpa apa-apa taklifan yang aku pikul. Tugasan tesisku, praktikum yang tidak selesai lagi menjadikan aku lebih selesa untuk tidak memegang apa-apa jawatan daripada aku terus menerima amanah yang aku sendiri tak mampu pada masa ini.

Ini keputusanku. Mukatamad. Mungkin mengecewakan. Banyak pendapat dari sahabat-sahabatku berkaitan perkara ini.

Namun aku yakin, setiap jawapan mereka ada sebabnya. Cumanya kondisiku sahaja yang tidak di fahami orang lain. Lalu aku berharap agar Allah memberiku pilihan yang terbaik buatku dan jemaahku.

Inya'Allah aku terus bersama kalian..

Da'wah dan Jihad..






Monday, November 26, 2012

Jalan Da'wah

Setelah lama tidak mencoretkan kata-kata dan menulis, hati sangat rindu pada ruangan blog ku ini.
Nak kongsi sikit dengan sahabat-sahabat :


Kali ini nak bercerita tentang "Jalan Da'wah".
Jalan Da'wah itu sangat berliku-liku, kenapa berliku??
Yelah, setiap perkara pasti ada cabarannya dan ujian yang terselit di sebaliknya sangat indah bagi mereka yang berfikir.

Pengalaman dalam program da'wah, aktiviti-aktiviti pengislahan, pengislaman adalah anugerah yang sangat bermakna dalam diri lagi-lagi Allah izinkan aku menerima "Anugerah Khidmat Masyarakat Fakulti" pada semester ini. Terkadang diri sendiri pun tidak sebaik mana, mahu mengajar mereka di sekelilingku untuk berakhlak mulia.

Terlalu banyak kepayahan, kesusahan, yang aku lalui bersama-sama sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan. Menitik juga air mata bila perjuangan ini menemui jalan yang sangat genting apabila aku sukar menyampaikan perkara berkaitan ISLAM sedangkan perkara ini aku sudah pelajari.

Inilah dia kepentingan "PRAKTIKAL" berbanding "TEORI".
Bila bersama masyarakat di lapangan, baru ku sedar, JALAN DA'WAH ini bukan mudah tapi perlu sangat kepada pengetahuan dan ilmu.

Inilah yang Rasulullah lakukan. Sekarang giliranku meneruskan sunnah ini. Tapi jangan risau, peganglah pada ayat Allah ini, insya'Allah akan mudah Jalan Da'wah kita..

Surah An-Nahl : 125
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."


Tuesday, August 7, 2012

R.I.N.D.U

Syukur..selesai sudah kerja-kerja di fakulti..Selepas ni boleh pulang ke rumah tapi bukan bermakna tiada kerja tapi kerja tetap ada..^-^

Teringat lirik lagu Hijjaz :

"Rindu adalah anugerah dari Allah, insan yg berhati nurani, punyai rasa RINDU"



Terasa rindu sangat dgn sahabat-saabat PKPIM-KPIJ
Rindukan usrah dan perkongsian ilmu bersama kalian..moga thabat dalam perjuangan..

Rindu pada sahabat-sahabat sepengajian, suka duka dalam melalui mehnah kehidupan sebagai pelajar..Terutama rindu pada sahabat-sahabat gaduh, Kak Rihan, Wani & lain-lain..

Rindu sangat pada arwah Atok, Nenek, Mak Ngah dan Pak Ngah yg telah meninggalkanku buat selama-lamanya..Tidak dapat balas jasa kalian selama ini..Moga kalian di tempatkan di kalangan mereka yg beriman dan soleh solehah, insya'Allah.

Rindu pada Poksu yg selalu membawa aku jalan-jalan masa kecil. Selepas arwah atokmeninggal, banyak merubah kehidupa kami..Duludekat, kini jauh disisi..

Rindu pada sahabat tersayang..Lama sangat kita tidak bersama berkongsi cerita, bertukar pendapat dan kini kita semakin jauh, SMS pun jarang-jarang, mungkin kerana aku yg tidak memahamimu..:'(

Rindu yg tidak terhingga pada mak ayah. Jarang sekali aku tiada bersama keluarga dikala mereka semua berkumpul. Tak sabar nak balik dan tatap wajah mereka. Aku korbankan hati yang sedih dan berusaha laksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Rindu juga pada masanya ukhwah ini akan kembali seperti dulu buat insan yg ku gelar "adik".
Dulu setiap kali ada peluang, aku pasti akan berkongsi cerita dengan dia, tapi tidak kini apabila aku rasa kecil hati dengan tindakannya..Aku akui, setiap orang melakukan kesilapan, tapi entah kenapa aku terasa hati sangat..Aku bukanlah seorang yg mudah terasa hati, tp tak tahu mengapa kali ini keras sangat hati ini.

Rindu pada Rasulullah..adakah aku ini umat yg bertuah yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak? Ya Rasulullah, tetapo aku teruskan perjuangan da'wahmu demi Islam tercinta.

Sesunggunya RINDU ini fitrah manusia tapi bagaimana kita merasainya dan meluahkannya, haruslah berlandaskan syariat Allah s.w.t

Jangan sampai RINDU ini tidak pada tempatnya..

Tinggal berapa hari je???


Hari ini sudah 18 Ramadhan 1433 hijrah..
Malam ni tarawikh ke malam 19..
Cepatnya masa berlalu..
Dulu kecil sekarang dewasa..
Begitulah fitrah kehidupan kita sebagai manusia..

Allah..adakah lagi peluang untukku mengabiskan Ramadhan kali ini?
Mungkin Ya mungkin Tidak..
Jika Ya, Adakah aku berpeluang pada tahun akan datang pula??
Jika tidak, bagaimana ibadahku ya Allah??
Sebak pula rasa, bergenang air mata mengekang ia daripada mengalir...

Terasa banyak sangat dosa diri ini..
Terlalu banyak..Takut tidak terhapus..
Walau bagaimanapun, aku berusaha memperbaiki diri, berusaha juga menjadi hamba yg terbaik, dan solehah..
Bukan susah sebenarnya nak jadi baik, buat apa yg Alllah suruh, tinggal apa yg dilarang..
Tapi, cakap je pandai nak buat liat!! -marah pd diri-

Harapan dlm Ramadhan yg masih berbaki ini, moga Allah mengkabulkan segala permintaan dan menghapuskan dosa-dosaku pada mak ayah, mereka yg telah meninggal dunia dan semua yg mengenali diri ini..

~mujahadah itu sangat indah dan sabarlah dengan tangisan kepadaNYA~
~pemilik hati dan teman sejati~


Monday, August 6, 2012

Sendirian sempena Nuzul Qur'an

Semalam keseorangan aku di rumah sewa..
Kakak dan adik pulang ke kampung tapi aku pulang ke rumah sewa.
Sedih sangat rasa tapi aku sendirian setelah sahabatku pulang, hanya semalaman sahaja kami bersama.
Sebak bila mak call..tak tahu kenapa..Mungkin penat mengemas rumah sewa agaknya..lebih-lebih lagi tidak dapat bersama lagi-lagi dalam ramadhan ini..

Setelah siap mengemas semua, aku duduk sorang-sorang sambil buat mengemas fail-fail.
Ada handphone sebagai kawan aku. Sambil-sambil menonton cerita kartun Habil dan Qabil yang sangat bermakna buatku.

Kesunyian sangat terasa dan menjadikan aku lebih matang dan berani. Tidak semua perkara kita mesti berteman dan inilah pengorbanan aku sebagai pelajar, ada masa kena korbankan diri sendiri.

Hari ini ke kampus hantar laporan program dan kertas kerja. Lain yang di rancang lain pula yang aku buat hari ini. Macam tak percaya ada di bumi Nilai sedangkan semua sahabat-sahabat pulang ke rumah masing-masing.

Jumpa Penolong Pendaftar, hantar laporan dapat kerja, siapkan sijil-sijil program, kemudian jumpa Dekan menghantar borang kaji selidik program dan perancangan perlu aku siapkan untuk program follow up orang asli pada semester akan datang dan seterusnya bertemu Timbalan Dekan untuk semakan kertas kerja program.

Alhamdulillah dapat siapkan kesemua sijil-sijil dan esok perlu ke kampus lagi untuk tugas seterusnya.

Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana Allah menjadikan aku seorang yang boleh berdikari. Banyak yang aku belajar bila bersendiri.

Kadang-kadang rasa sedih dan menangis sendiri tapi inilah tarbiyyah Allah..sangat indah..

Nuzul Qur'an dan Hikmahnya


Alhamdulillah..hari ini  17 Ramadhan 1433 Hijrah


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Sejauh mana kita mengambil ibrah atas turunnya kalam suci ini?
Adakah kita benar-benar menghayati kandungan Al-Qur'an yang penuh dengan pengajaran dan uigatan kepada manusia???

Antara kelebihan Al-Qur'an :
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. (  Hadith Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. ( Hadith Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. ( Hadith Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sama-sama kita pertingkat ibadah..Baca Al-Qur'an jangan baca sahaja tapi faham maknanya dan hayati isi kandungannya..^-^ selamat beramal..

Wednesday, July 18, 2012

Kali ke 3

Selesai sahaja tamat peperiksaan pada 29 jun 2012 (jumaat) jam 6 petang, aku bergegas pulang ke rumah untuk ke Johor Bahru kerana menghadiri muktamar KPIJ kali ini sebagai exco untuk kali terakhir. Keesokan harinya pula, aku pulang semula ke Nilai untuk team building Bakti Siswa Orang Asli di Kg Api Larat Pekan Pahang.

Alhamdulillah, syukur Allah mengizinkan kaki ini melangkah ke Kg Orang Asli Api Larat bersama sahabat-sahabat dan adik-adik seperjuangan USIM.

Kg. Api Larat adalah kampung orang asli ke-3 yang aku join sepanjang 2 semester ini. Banyak sangat pengalaman dan tarbiyyah yang aku belajar, sungguh indah nikmat Islam ini jika kita benar-benar menghayatinya. Inilah sunnah Rasulullah yang sukar di ikuti pada masa kini tapi aku tetap dengan pendirian aku, beruasa selagi terdaya dan mampu


.

 Gambar bersama ayah angkat "Senget bin Chentok"


Bersama Dara (mak angkat), Aslan, Kak Noriah dan Zira

 Mak Angkat
Ujian demi ujian kami lalui dan yang paling aku ingati adalah bus rosak dan kami menunggu 3 jam untuk bergerek semula ke destinasi sementara bus di betulkan. Tapi ini baru permulaan, ia tetap tidak mematahkan semangat kami. Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 8.40 malam. 4 hingga 5 jam lewat dari sahabat-sahabat.

Hari ke-2, kami kerumah famili angkat dan adik angkat aku adalah Muhammad Fikri B. Azhar. Kami pergi bersama-sama sahabat kami yang lain tapi sangat menyedihkan kerana keluarga angkat kami tiada di rumah. Kemudian kami pergi melencong menziarahi penduduk yang ada..Slumber je..

Hari ke-3 kami nekad untuk pergi lagi menemui keluarga angkat kami. Setiba kami, mak panggilan yg kami panggil sedang memberus dan membersihkan rumah (ruang duduk di anjung rumah). Kami terus membantu dan ini adalah method untuk mendekati keluarga yang baru di kenali. Abah duduk di dalam rumah dan nampak senyap tapi bila berbual, nampak peramah berbanding mak.

Mendapat keluarga angkat yang tiada agama. Allah, begitu sukar cabaran da'wah ini.Aku masih proses belajar dan banyak yang perlu aku ketahui. Inilah namanya belajar, takkan habis hingga akhir hayat dan semakin kita cari, makin banyak yang kita tak tahu.

Hari berlalu hingga hari ke-4 kami datang membawa makanan. Kebetulan hari ini ada van Cikgu (guru tadika orang asli), jadi kami menumpang terus bersama-sama sahabat-sahabat yang hendak ke rumah keluarga angkat mereka. Macam biasa, berbual-bual dan aku terus bertanya tentang Tuhan. Jawapan negatif yang aku perolehi dan terhenti perbualan itu. “Allah, terkelu lidah ingin meneruskan kata-kata ini”.

Lama juga kami di rumah mak hingga van yang kami tumpang tadi pulang, kebetulan melalui jalan mak kami. Alhamdulillah, rezeki Allah. kami berdua dapat tikar yang di anyam oleh mak, best sangat. Tapi warna tikar yang kami dapat terbalik mengikut warna kesukaan. Apa-apa pun bersyukur, datang dengan sedikit makanan nasi goreng) dan pulang dengan 2 gulung tikar untuk 2 orang. Membuat sahabat-sahabat cemburu melihat apa yang kami dapat. Hehe..

Petang mak dan abah datang, dapat makan bersama-sama. Tapi macam biasala, selera aku kini bukan macam dulu. Tengok orang makan pun kenyang dah.

Hari jumaat yang indah, hari kelima kami ke rumah mak naik kereta mak angkat sahabat kami pula. Memang rezeki. Kali ni kami makan pinang dan sirih. Allah, mula-mula aku ajak Fikri, tapi tiba-tiba aku pula di suruh, makan sajalah. Macam-macam perasaan ada, nak muntah, berair-air mata, tapi aku teruskan juga hingga habis..~sangat menarik!.
Masa ni dapatla bertemu kakak-kakak dan abang-abang angkat serta anak-anak buah tapi ada yang tetap dan masih malu.

Syukur, hari demi hari kami mula karab tapi masa sangat singkat. Sikit demi sedikit aku cuba masuk dan bertanya tentang Islam. Tapi aku hanya dapat berbual bersama mak dan kak noriah sahaja, tiada kesempatan bersama Abah dan anak-anaknya yang lain.

Apa-apa pun, ini kenangan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Memiliki adik angkat (Fikri) yang banyak membantu dan sentiasa di buli oleh aku. Maaf ye dik, akak sekadar mengajar dan nak kamu tahu macam mana nak mendekati mereka dalam da'wah ini.

Kenangan makan bersama, sangat tawa mengukir senyuman bila aku sendirian dan rindukan kalian. Moga Allah membuka pintu hati kalian ke jalan Allah. Kami sentiasa mendoakan agar Islam menjadi agama kalian. Ukhwah kita kerana Alllah.
~Bile bertemu kerana Allah, Brerpisah tidak gelisah~

Thursday, June 21, 2012

Maafkan aku

Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan turun dari pimpinan.
Sedih dan macam-macam perasaan menyelubungi diri.
Menitik air mata mencoretkan apa yg terpendam di hati.
Allah, amanahMu tidak dapat aku laksanakan dgn sebaiknya.

Aku terpaksa membuat keputusan berundur dan minta di rehatkan, bukan utk melarikan diri tapi utk aku rehat seketika dan mengambil masa utk menghabiskan sisa-sisa yg terakhir aku di kampus.
Aku akan tetap bersama dalam kerja-kerja dakwah kita tapi mungkin tidak seperti dulu, hanya seketika sebelum manamatkan pengajian.


Jemaah tetap nombor 1 tp aku tetap mementingkan keberadaan aku di kampus kerana ia paling hampir dgn aku. Selepas habis belajar, tiada apa lagi kenangan yg aku boleh coretkan dan  dapat aku sumbangkan dan hanya 1 semester sahaja lagi peluang aku utk membantu universiti terutama dalam kerja-kerja da'wah. 

Aku pasti akan rindukan saat usrah, liqa' dan program-program ilmiah yg aku join di kampus bersama adik-adik dan sahabat-sahabat selepas ini. Tidak kira adik-adik dan sahabat-sahabat sejemaah tp juga adik-adik junior dan sahabat-sahabat sepengajian.

Taklifan yg aku pegang dan bertindan tanggungjawab bersama jemaah dan di kampus menjadikan aku gagal melaksanakan amanah Allah dgn baik. Aku banyak dan lebih melakukan kerja-kerja da'wah di bawah fakulti dan universiti. Aku bukan saja-saja tapi keberadaan aku di kampus memerlukan aku untuk membantu.

Dalam masa yg sama aku cari side income, kadang-kadang bukan tak nak turun program  bersama kalian, tapi aku "tak ada duit". Bukan tak nak bersama kalian tapi aku terpaksa memendamkan kesusahan ini. Sebab itu jugalah aku jarang bersama kalian. Tapi aku tahu, kesusahan dalam melakukan amanah Allah ini menjadikan aku lebih kuat. Aku tetap bersama kalian dari jauh.

Jadi, lepas ni, tamat belajar, insya'Allah hidup aku bersama jemaah selain keluarga. Cukuplah buat seketika ini aku bergerak secara senyap dan sebalik tabir. Semester ni aku hilang fokus, sukar utk mengkader adik-adik dan ini kelemahan aku yg perlu di perbaiki. Mungkin ini masanya utk aku menguatkan lagi jalinan ukhwah sebelum tamat belajar dan meninggalkan kampus januari tahun hadapan,insya'Allah.

Sahabat-sahabat,
Walau aku tidak bersama kalian, aku tahu, kalian sangat hebat,
Kalian mampu lakukan yg terbaik utk agama,
Mungkin Allah pilih aku utk keluar dr pimpinan agar aku boleh islah diri disamping aku mencari sesuatu yg aku cari..
Pencarian aku tidak menemui jalan dan titik noktahnya selagi aku masih bernafas, menjadi hamba kepadaNya.
Aku tetap bersama kalian dlm apa jua keadaan,
Kenangan kita bersama tetap menjadi memori indah,
Tangis dan tawa, suka dan duka kita bersama,
Kalian tetap sahabatku dunia akhirat,
Hanya jarak memisahkan kita dan merasakan kita jauh,
Tapi sebenarnya kita dekat, dekat dalam matlamat Da'wah.
Moga Allah merahmati kalian,
Maafkan aku..

Wednesday, June 20, 2012

Hari Bapa

Pagi 17 Jun 2012
Selepas solat subuh, terus study sikit walaupun ngantok sambil-sambil mesej dgn adik yg pulang ke rumah kakak.
Hampir jam 9 pg, mata ni mengantok sangat, sedar mesej adik dan baca, kemudian tidur semula
Adik yang tak puas hati call aku, telefon ayah, Hari Bapa! aku pula, yeke?mcm tipu je..bagi aku hari-hari HARI BAPA..:)

Sekejap tu, aku terus call ayah..
Baru beberapa minit, ayah kata,"tak ucap pun"?
Aku tergelak, "nak ucaplah ni"..hehe
"SELAMAT HARI BAPA"!
Lama juga bual dgn ayah dalam telefon..Hampir 25 minit..macam-macam cerita..
Bila ingat-ingat semula, sejak bila ayah pandai ingat hari bapa ni, sedangkan tahun -tahun sebelum ni tak pula..
Kini baru aku sedar, makin berumur umur mak ayah, mereka makin perlukan perhatian kita sebagai anak.
Sangat perlu menjaga hati mereka..
Rasa kejap je umur bertambah.
Moga Allah izinkan kau membalas jasa mak ayah yang telah banyak berjasa kepadaku selama ini, insya'Allah..
Rahmatilah ibu bapaku Ya Rahman..

Sunday, June 17, 2012

LEBIH BAIK SAHABAT DARI TEMAN

Pagi yang sunyi seperti mengikut hati yang sedih dan sayu apabila terpaksa  membuat keputusan yang menyakitkan hati sendiri. Tak siapa tahu selain Allah s.w.t. Sangat berat bila berusaha ingin bermujahadah dari melawan penyakit hati ini.

Ya Allah..
Salah aku sendiri kerana mudah suka pd seseorang.
Itulah namanya cinta,
Orang yg aku tidak sangka menjadi sahabat yang agak rapat kini.
Aku suka padanya. Agamanya bagus dan aku inginkan zauj sepertinya tp aku hanya mampu menyimpan perasaaan ini, kadangkala aku rasa memang aku bertepuk sebelah tangan sahaja.

Dalam hati memang ada niat nak menjauhkan diri darinya,
Tidak elok seorang muslimah berhubung dengan seorang lelaki yg rapat, walaupun hanya sahabat, takut-takut ada perkara lagha yg hadir.

Allah..
Kadang-kadang hati ini terusik, kenapa “si dia” mesej aku?
Tanya khabar? Exam? Seolah-olah dia “couple” aku, lagi-lagi banyak perkara yang membuatkan aku rasa “dia” lebih dari seorang sahabat.

Aku mudah berkongsi dengan dia,
Dia juga banyak berkongsi cerita dan pendapat dengan aku,
Hampir setengah tahun kami bersahabat rapat, tapi semenjak aku dengar ceramah tentang israk mikraj, hatiku terusik, mengetuk pintu hati agar menjauhkan diri darinya..
Makin nak jauh, makin dekat dia datang.

Semalam, kami bermesej, Ya Rahman, aku dah mula sedar,
“dia” kata sahabat kami tahu kami bermesej,”kita bukan ada apa-apa pun”.., jangan risau.
Jadi aku mula sedar, dan mengatakan, “Yela, takut sahabat tu fikir lain walau kita sahabat”.
Katanya lagi, takdala..Aku pun mengiakan sahaja.

Kini aku mula terfikir, kenapa bila aku bersahabat denga seorang muslimin, dan dia rapat dengan kita, kita fikir dia lebih dari seorang sahabat. Kini aku merasakan, ukhwah sebagai “SAHABAT” itu lebih baik dari ukhwah sebagai “TEMAN”. Bila sahabat, kita mudah berkongsi, tapi bila teman, kita rasa nak jadi yang baik je untuk dia agar apa yang kita buat boleh menarik hati dia..

Aku silap.

Sekarang aku rasa lebih tenang dengan keputusan ini dan moga Allah kuatkan hati ini melangkah. Nak mujahadah menjauhkan diri darinya. Rasa aku mendorong dia ke lembah dosa bila berhubung dengannya.

Aku nak suami yg menjaga ikhtilat, tp aku tidak menjaga itu, mungkin sebab itu Allah tak izinkan aku ada pasanagan sekarang.

Aku nak jaga hubungan baik dengan Allah dulu, nak betul-betul laksanakan tanggungjawab aku padaNya dengan baik. Moga Allah kuatkan hati dan langkahku ini semata-mata kerana cinta kepadaNya.

 ~mengharap bertemu cinta Hakiki dan Abadi~



ISRA' MIKRAJ



Alhamdulillah..

Malam 27 Rejab 1433 hijrah diberi dan mendapat makanan rohani sebentar tadi.
Di Dataran Nilai ada karnival gema Isra' Mikraj, sangat memberi kesan pada diri terutama mengingati kembali pengorbanan dan kebesaran Allah.Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis.

Antara perkara yang sangat perlu di ambil iktibar ialah :
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Namun, adakah kita benar-benar menjaga waktu solat kita?
Bagaimana kita nak menunjukkan rasa kasih sayang kita pada Baginda yang sanggup memohon kepada Allah agar meringankan waktu solat ini??
Sehingga semasa dalam keadaan tenat, Nabi masih lagi ingat pada kita sebagai umatnya, tetapai adakah kita ingat pengorbanan terbesar Nabi ini?

Renungan bersama..Berusaha menjaga solat sebaiknya..Doa bersama sahabat-sahabat..:)