Sunday, January 2, 2011

Syukur Ya ALLAH...


27 Muharram 1432 Hijrah, 2 Januari 2011....

Petang tadi sampai kolej lebih kurang jam 6.00 petang...
Sampai je bilik, ana tengok sahabat buka internet dan tergerak juga nak buka, lagi-lagi ana tak daftar semester baru dan cek keputusan peperiksaan semester lepas...
Berdebar juga bila buka "ewadi"...
Lepas daftar semestaer baru, ana terus buka tengok "result" tapi tak boleh buka..
Banyak kali juga baru boleh...
Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah...keputusan peperiksaan meningkat walaupun sedikit...
Setiap sem meningkat dan ana berazam untuk mendapat lebih baik lagi pada semester ini, insya'Allah...
Dalam kesibukan ana dengan tanggungjawab yang ada, Allah bagi sesuatu yang menggembirakan hati ini...
Terima kasih Ya Rabb...jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan bersyukur atas setiap kurniaan-MU...

Wednesday, December 29, 2010

TAHUN BARU 2011


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat".
(Surah Ibrahim : ayat 7)


Sejauh mana bersyukur kita atas nikmat Allah??

Jika kita berpeluang menikmati tahun baru masihi ini, sama-samalah kita menggunakan kesempatan yg ada untuk memperbaiki diri atas kesilapan yg telah kita lakukan pada tahun sebelum ini..

Janganlah kita mulai tahun baru hijrah dgn aktiviti yg tidak berfaedah atau perlakuan yg buruk...

Marilah kita menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH dengan melakukan "Solat Sunat Hajat" agar umat Islam khususnya sentisa dalam perlindungan ALLAH dan jauh dari segala bencana dan agar sentisa dipelihara iman oleh-NYA untuk mrnjadi hamba yg soleh dan solehah, insya'Allah...


Sebagai ingatan bersama...

Bisikan Nurani



Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Setia seorang isteri, WILDAN

Saturday, December 4, 2010

1 MUHARRAM 1432 HIJRAH

Assalamu'alaikum...

Selamat TAHUN BARU 1432 HIJRAH, 7 Disember 2010
"1 MALAYSIA, 1 UMMAH"

Moga-moga lembaran baru hijrah ini menjadikan kita hamba yang soleh dan solehah dan seseorang yang lebih berguna kepada masyarakat...
Segala yang berlaku pada masa lepas perlu kita sama-sama jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita perbaiki kekurangan dan kesalahan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang untuk ummah, insya'Allah...

Akhir kalam, jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun ye...=)
Moga segala ibadat yang kita laksanakan adalah semata-mata kerana Allah dan moga ada ganjaran disisiNya...



DOA AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkatan :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Friday, December 3, 2010

JAMBORI REMAJA ISLAM 2010

Assalamu'alaikum...

Syukur kehadrat Allah dengan izinNya dapat juga ana bersama-sama sahabat KPIJ menjalankan program ini walaupun masing-masing baru bercuti dan akan menduduki peperiksaan akhi semesta...
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah... selesai sudah Jambori 10' ini dikala aku menduduki peperiksaan akhir semester 3,menunggalkan sahabat-sahabat meneruskan taklifan ini...
Disertai 67 orang peserta dan 27 komiti dan fasi...
Mungkin kali peserta tidak ramai seperti tahun-tahun sebelumini tetapi apa yang penting adalah "KUALITI" dan "HASIL" yang diperolehi oleh adik-adik yang menyertai program ini, insya'ALLAH...

Bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian Johor yang menarik bagi diri ini...

Antara aktiviti-aktiviti dan pengisian dari awal hingga akhir program...
Moga-moga tarbiyah yang kami cuba sampaikan ini di terima, insya'ALLAH...











JaWaPaN RiNdU....

Biarlah segalanya akan terjawab walaupun penantian itu sesuatu yang sukar digambarkan...
Aku hanya mampu berdoa menadah tangan hanya padaMU YA ALLAH...
Pergantungan harapan sepenunhya kepadaMU...
Aku yakin, hijab yang KAU pamirkan adalah untuk menjaga hati ini....
Bukan mudah untuk ku terima tetapi ku telan jua kerana ku yakin, segala yang KAU beri adalah terbaik untukku....
ALLAH tidak memberi apa yang kita hendak tetapi apa yang kita perlu kerana tidak semua apa yang kita nak adalah terbaik untuk kita dan apa yang datang dariNYA adalah terbaik untuk hambaNYA...
Aku terus menunggu dan berharap "Jawapan Rindu"...