Wednesday, January 25, 2012

Antara 2


Alhamdulillah..

Bermula cuti semester 21 Jan - 19 Feb 2012 ni..
Cuti-cuti ni bukan rehat-rehat semata tapi ada taklifan dan tanggungjawab yang perlu di selesaikan..
Tanggungjawab ni takkan lepas walaupun sesaat..

Kenapa?
Hidup ini adalah "Amanah" dari Allah kepada kita kita...
"Hamba & Khalifah" di buka bumi ini...
Walaupun cuti,tapi ada sahaja kerja-kerja yang perlu di selesaikan..

Ya Allah..
Permudahkan urusan hamba ini..
Melaksanakan tanggungjawab demi agama-Mu..



Memilih "Keluarga" atau "Jemaah"??
Kadang-kadang terpaksa melebihkan Jemaah dari Keluarga..
Mungkin ini di namakan "Pengorbanan"??
Hanya Engkau mengetahui segala..

maafkan akak Mak Ayah..Redhai anak mu ini..

Wednesday, January 4, 2012

Adam & Alif

 11 Safar 1433 Hijrah / 4 Jan 2012
~Sesi Persekolahan bermula~

...::: Cerita Adam :::...



Hari ini Adam memulakan sesi persekolahan pada usia 5 tahun..
Sekolah PASTI...
Best dengar cerita ucu dia yg mengatakan "Comel Adam"..
Haritu masa gi daftar, balik rumah Adam tanya ibu (kak Long) , 
"Bila lagi nak pakai baju sekolah??"
Nampaknya suka betul sekolah..

___ ::  Cerita Alif :: ____

 Kata Acu lagi (Adik bongsuku) , 
"Älif Smart!!!"
Wah, Imej baru anak saudara ku pada tahun ini dah Tahun 3..
"Jadi pengawas, Pakai cermin mata"!!
Terbayang macam muka budak2 kecil yg skema..Hehe..
Kata adik, macam muka atok (ayahku) bila pakai cermin mata..

*******************************************
Lama tak jumpa mereka berdua..
Rindu sangat rasanya..
Walaupun rumah taklah jauh sangat dari Nilai ke Kajang tapi kekangan yang menyebabkan aku sukar dan lama tidak bersua mereka..

Mak Ngah doakan Alif dan Adam menjadi anak yg soleh..
Dapat ikut jejak Angah & Acu ke Menara Gading..
Menjunjung cita-cita UMMAH..

Friday, December 30, 2011

~ Rindu Mak Ayah ~ Hargailah~


Beberapa jam lagi aku akn pulang ke kampung bersama sahabat..
Tiket jam 4.30 petang ni.. (Seremban-Batu pahat)
Tak sabar-sabar rasanya..Lama tak bertemu mak ayah..

Apabila ada orang yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, kita mestilah lebih menghargai orang di sekeliling kita terutama mak ayah, sahabat handai dan mereka yang kita sayangi..

Kita beruntung kerana ada lagi yang masih bersama kita tika ini dan kali ini..
Esok-esok belum tentu kita berteman..
Siapa tahu kita akan bersendirian??
Singgah di dunia baru, meninggalkan dunia yang fana'...

Moga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa dihargai..
Jangan sia-siakan peluang yang ada dan masa yang berharga..
Sayangilah kesempatan yang Allah bagi menuju redha Ilahi...

Thursday, December 29, 2011

Sampai JANJI mu..


Melewati hari-hari "cuti study week" di asrama..

24 Disember 2011

Allah datangkan berita yg amat menyedihkan..
Hari Sabtu lebih kurang jam 1 tengah hari..dapat berita Nadiah kemalangan..
Ya Rabb, terkejut sangat..
Bergegas petang lepas asar terus ke hospital..
Nampaknya keadaan Nadiah serius, "Pendarahan dalam otak"..
Masya' Allah..sungguh kuat hentakan dikepalanya..

25 Disember 2011 (Ahad)
Tiada perubahan dan ubat tidur dihentikan..

26 Disember 2011 (Isnin)
DR bagi ubat tidur semula kerana tekanan darah rendah..

27 Disember 2011 (Selasa)
Dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Nadiah sedang "Tenat"...
Bergegas kami, sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah ke hospital..
Dari pagi hingga ke petang kemi menunggu..

28 Disember 2011 (Rabu)
Lebih kurang jam 11.30 pg, call mak Nadiah..
DR takda cakap apa-apa..

Dalam jam 5.30 ptg..
Dapat panggilan..sahabat cakap Nadiah "tenat"..
Tak puas hati call mak Nadiah.."Nadiah tenat" (dlm tangisan dan tak tahu siapa yg cakap)
Kejap pula dapat call semula "Nadiah dah meninggal"..

Ya Allah..
Hebat sunggug ujian-MU terhadap keluarganya dan kami..
Sesungguhnya kami sangat kerdil..
Menerima ketentuanMu dengan penuh sabar dan redha..

Kenangan bersama dengan arwah masa Da'wah Tatbiqi .:
Tidur sebelah arwah, tolong masa arwah kurang sihat dan paling tak lupa, :
Arwah balik dari KFC, kami tengah makan, antaranya "Rangka ayam"...
"Bestnnya makan kat Atok (KFC), tengok kiteorang, makan rangka ayam je.."-Usik saya dan sahabat-sahabat..
Itulah senyum tawa dan gelak ketawa arwah pada kami malam jumaat sebelum arwah kemalangan esoknya..

Moga Allah tempatkn mu dikalangan mereka yang beriman dan solehah dik..
Kami tiada apa, hanya doa yang mampu kami panjatkan..
~Moga tenang dikau disana~

~AL-FATIHAH~


















Saturday, December 17, 2011

ukhwah..


"Solat itu berat utk dilaksanakan, tetapi berat lagi solat berjemaah..
Lagilah berat menyusun saf dalam solat jemaah..
Begitulah berjuang itu susah, tetapi susah lagi berjuang secara berjemaah..
Lagilah susah menjadi tentera yang tersusun, taat dan patuh kpd jemaah..
Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali orang yang dimudahkan oleh Allah dgn kurnia khusyu' dan insaf."
 -Ustaz Nik Abduh-

Alhamdulillah..
Sem 5 ni makin rapat dgn sahabat-sahabat walaupun hakikatnya Allah sahaja yg tahu dlm hati ini lagi-lagi sekarang jadi NYDP batch course, 3rd year of Da'wah student..
Terlalu banyak yg aku belajar dr awal sem 5 ni apabila berprogram bersama..
Tahun 1 & 2 aku tidak merasai sangat keakraban ukhwah mungkin kerana semasa tahun 1 & 2 kami tidak sama kolej dan sibuk dengan komitmen sendiri..

Semoga, Allah membantu aku manjadi sahabat yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya..

~TARBIYYAH yang SANGAT BERMAKNA~

 Sayang ^-^ kalian

Wednesday, November 30, 2011

Sejauh mana ukhwah kita???


Alhamdulillah..lama sangat tidak menulis dalam ruanagn blog ini..Kekangan masa yang menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan taklifan yang sangat tinggi..Kadang-kala komitmen yang terlalu menebal sehingga lupa akan tnaggungjawab diri yang sewajibnya..

Meniti hari demi hari..Hati ini sayu melihat kerenah sahabat-sahabat dalam seharian..Maca-macam ragam ada..yang paling aku rasa sedih apabila sahabat tidak mampu memahami diri ini.. =(

Bila muhasabah diri semula, mungkin sahabat-sahabat tidak faham diri ini kera aku sendiri yang tidak faham mereka dan mungkin ini juga tarbiyyah dari Allah atas segala salah silap diri ini padaNya dan juga makhlukNya..

"Boleh tak awak jauhkan sikit diri awak dengan akak tu"???

Banyak persoalan yang ada dalam benakku..

"Apa masalahnya saya rapat dengan dia"???, tanya ku..

Cerita lain...

"Saya harap awak jangan lagi berhubung dengan akak dan ibu"...

"Awak kenapa ni?? apa masalah awak??, tanyaku ...

"Tolong faham saya, jawabnya"..

Ya Rabb...

Aku tidak harap dan menagih kasih kepada cinta dan kasih sayang manusia..

Kenapa aku punyai sahabat-sahabat seperti mereka walhal dalam kehidupanku, aku dididik dengan tarbiyyah kasih sayang kepada sahabat-sahabat..

Kecewa sangat dengan mereka..Aku tidak punyai masalah untuk bersahabat dengan sesiapa sahaja tapi persoalan dan permintaan mereka tidak muhasabah bagiku..salah ke untuk aku menjaga "ukhwah" yang Allah bagi ini untuk membuktikan kasih sayang aku pada mereka yang aku sayang???

Ya Rahman..
Engkau lebih mengetahui yang terbaik untuk diri ini..Tidak sekali-kali aku akan memutuskan atau menjarakkan hubungan aku dengan orang yang aku sayang..Tiada sebab untuk aku meninggalkan mereka yang baik kepadaku..

Moga Engkau pelihara ukhwah kami ini ya Allah..itu sahaja yang aku harapkan demi menuju redha dan kasih sayangMu...

Sunday, November 6, 2011

Allah uji hati ini

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..hampir 1 bln setengah tidak kemas kini blog hingga kini..

Cerita tentang soal hati memang sukar untuk di gambarkan..

Kenangan pahit yg ingin dilupakan kadang-kala akan terimbau dek hati yg selalu memikirkan "jodoh diri"...

Melihat sahabat-sahabat yg akrab telah berkahwin..

Pertemuan yg tidak diduga selepas berbuka puasa bersama sahabat-sahabat..

Ya Rabb..
Tertanya-tanya atas kehendak Allah adalah salah bagiku, namun sebagai hambaNYA aku perlu terima ketentuan Allah..

DIA menguji hati ini apabila bertemunya dengan pilihan hatinya..sedih bila teringat kenangan lalu namun aku pasrah atas semua yang berlaku..

Mungkin aku kini redha setelah yakin atas apa yang berlaku ini terbaik untkku..

~tarbiyyah qalb~

Alhamdulillah..

.~terima kasih ALLAH yg masih memelihara cinta ini kepadaMU~