Sunday, March 4, 2012

~Masa yg pergi~




Setiap hari masa berlalu pergi
Kesalahan tak henti
Memikul beban yang sangat berat di hati
Ya Rahman, ampunkan diri ini

Setiap hari menghitung masa
Jarang pernah rasa bersyukur pada yang Esa
Menerima qada' dan qadar yang tertera
Ya Rahim, jadikan aku hamba yang setia

Setiap hari menunggu masa
Berlalu pergi tak terasa
Tanpa pahala disisiNya
Ya 'Alim, bantulah hamba

Setiap hari makin terasa
Dosa pahala tak tahu mana
Moga jalan menuju cinta
Terus mekar berbunga

Setiap hari hati berkata
Bila masa akan tiba
Cinta Allah tak kira siapa
Moga syurga dihati kita

p/s : ingatan buat diri..
Sama-sama buru CINTA ALLAH!! (-_~ )

Monday, February 27, 2012

Aku perlukan Teman...


Ya Allah...
Aku perlukan teman bersamaku,
Ampunkan dosaku Ya Rahman,
Aku tahu, hanya Engkau sahaja teman sejatiku..

Ya Rahman...
Aku perlukan teman yang halal mencintaiku,
Ampunkan dosaku Ya Rahim,
Aku tahu, hanya Engkau sahaja cinta sejati dan hakiki...

Ya Rahim...
Aku perlukan teman mendengar kesedihan hati,
Ampunkan dosa ku Ya Rahman,
Aku tahu, hanya Engkau tempat aku mengadu...

Ya Razzaq..
Aku perlukan teman membantuku dalam kesusahan,
Ampunkan aku Ya Allah,
Aku tahu, Engkau setia disisi membantuku...

Ya 'Alim...
Aku perlukan teman teman membimbingku dalam kehidupan,
Ampunkan aku Ya Allah,
Aku tahu, Engkau sahaja yang benar memimpin jalan hidupku...





Wednesday, January 25, 2012

Antara 2


Alhamdulillah..

Bermula cuti semester 21 Jan - 19 Feb 2012 ni..
Cuti-cuti ni bukan rehat-rehat semata tapi ada taklifan dan tanggungjawab yang perlu di selesaikan..
Tanggungjawab ni takkan lepas walaupun sesaat..

Kenapa?
Hidup ini adalah "Amanah" dari Allah kepada kita kita...
"Hamba & Khalifah" di buka bumi ini...
Walaupun cuti,tapi ada sahaja kerja-kerja yang perlu di selesaikan..

Ya Allah..
Permudahkan urusan hamba ini..
Melaksanakan tanggungjawab demi agama-Mu..



Memilih "Keluarga" atau "Jemaah"??
Kadang-kadang terpaksa melebihkan Jemaah dari Keluarga..
Mungkin ini di namakan "Pengorbanan"??
Hanya Engkau mengetahui segala..

maafkan akak Mak Ayah..Redhai anak mu ini..

Wednesday, January 4, 2012

Adam & Alif

 11 Safar 1433 Hijrah / 4 Jan 2012
~Sesi Persekolahan bermula~

...::: Cerita Adam :::...



Hari ini Adam memulakan sesi persekolahan pada usia 5 tahun..
Sekolah PASTI...
Best dengar cerita ucu dia yg mengatakan "Comel Adam"..
Haritu masa gi daftar, balik rumah Adam tanya ibu (kak Long) , 
"Bila lagi nak pakai baju sekolah??"
Nampaknya suka betul sekolah..

___ ::  Cerita Alif :: ____

 Kata Acu lagi (Adik bongsuku) , 
"Älif Smart!!!"
Wah, Imej baru anak saudara ku pada tahun ini dah Tahun 3..
"Jadi pengawas, Pakai cermin mata"!!
Terbayang macam muka budak2 kecil yg skema..Hehe..
Kata adik, macam muka atok (ayahku) bila pakai cermin mata..

*******************************************
Lama tak jumpa mereka berdua..
Rindu sangat rasanya..
Walaupun rumah taklah jauh sangat dari Nilai ke Kajang tapi kekangan yang menyebabkan aku sukar dan lama tidak bersua mereka..

Mak Ngah doakan Alif dan Adam menjadi anak yg soleh..
Dapat ikut jejak Angah & Acu ke Menara Gading..
Menjunjung cita-cita UMMAH..

Friday, December 30, 2011

~ Rindu Mak Ayah ~ Hargailah~


Beberapa jam lagi aku akn pulang ke kampung bersama sahabat..
Tiket jam 4.30 petang ni.. (Seremban-Batu pahat)
Tak sabar-sabar rasanya..Lama tak bertemu mak ayah..

Apabila ada orang yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, kita mestilah lebih menghargai orang di sekeliling kita terutama mak ayah, sahabat handai dan mereka yang kita sayangi..

Kita beruntung kerana ada lagi yang masih bersama kita tika ini dan kali ini..
Esok-esok belum tentu kita berteman..
Siapa tahu kita akan bersendirian??
Singgah di dunia baru, meninggalkan dunia yang fana'...

Moga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa dihargai..
Jangan sia-siakan peluang yang ada dan masa yang berharga..
Sayangilah kesempatan yang Allah bagi menuju redha Ilahi...

Thursday, December 29, 2011

Sampai JANJI mu..


Melewati hari-hari "cuti study week" di asrama..

24 Disember 2011

Allah datangkan berita yg amat menyedihkan..
Hari Sabtu lebih kurang jam 1 tengah hari..dapat berita Nadiah kemalangan..
Ya Rabb, terkejut sangat..
Bergegas petang lepas asar terus ke hospital..
Nampaknya keadaan Nadiah serius, "Pendarahan dalam otak"..
Masya' Allah..sungguh kuat hentakan dikepalanya..

25 Disember 2011 (Ahad)
Tiada perubahan dan ubat tidur dihentikan..

26 Disember 2011 (Isnin)
DR bagi ubat tidur semula kerana tekanan darah rendah..

27 Disember 2011 (Selasa)
Dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Nadiah sedang "Tenat"...
Bergegas kami, sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah ke hospital..
Dari pagi hingga ke petang kemi menunggu..

28 Disember 2011 (Rabu)
Lebih kurang jam 11.30 pg, call mak Nadiah..
DR takda cakap apa-apa..

Dalam jam 5.30 ptg..
Dapat panggilan..sahabat cakap Nadiah "tenat"..
Tak puas hati call mak Nadiah.."Nadiah tenat" (dlm tangisan dan tak tahu siapa yg cakap)
Kejap pula dapat call semula "Nadiah dah meninggal"..

Ya Allah..
Hebat sunggug ujian-MU terhadap keluarganya dan kami..
Sesungguhnya kami sangat kerdil..
Menerima ketentuanMu dengan penuh sabar dan redha..

Kenangan bersama dengan arwah masa Da'wah Tatbiqi .:
Tidur sebelah arwah, tolong masa arwah kurang sihat dan paling tak lupa, :
Arwah balik dari KFC, kami tengah makan, antaranya "Rangka ayam"...
"Bestnnya makan kat Atok (KFC), tengok kiteorang, makan rangka ayam je.."-Usik saya dan sahabat-sahabat..
Itulah senyum tawa dan gelak ketawa arwah pada kami malam jumaat sebelum arwah kemalangan esoknya..

Moga Allah tempatkn mu dikalangan mereka yang beriman dan solehah dik..
Kami tiada apa, hanya doa yang mampu kami panjatkan..
~Moga tenang dikau disana~

~AL-FATIHAH~


















Saturday, December 17, 2011

ukhwah..


"Solat itu berat utk dilaksanakan, tetapi berat lagi solat berjemaah..
Lagilah berat menyusun saf dalam solat jemaah..
Begitulah berjuang itu susah, tetapi susah lagi berjuang secara berjemaah..
Lagilah susah menjadi tentera yang tersusun, taat dan patuh kpd jemaah..
Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali orang yang dimudahkan oleh Allah dgn kurnia khusyu' dan insaf."
 -Ustaz Nik Abduh-

Alhamdulillah..
Sem 5 ni makin rapat dgn sahabat-sahabat walaupun hakikatnya Allah sahaja yg tahu dlm hati ini lagi-lagi sekarang jadi NYDP batch course, 3rd year of Da'wah student..
Terlalu banyak yg aku belajar dr awal sem 5 ni apabila berprogram bersama..
Tahun 1 & 2 aku tidak merasai sangat keakraban ukhwah mungkin kerana semasa tahun 1 & 2 kami tidak sama kolej dan sibuk dengan komitmen sendiri..

Semoga, Allah membantu aku manjadi sahabat yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya..

~TARBIYYAH yang SANGAT BERMAKNA~

 Sayang ^-^ kalian