Wednesday, March 28, 2012

INSPIRASIKU...

Keluarga adalah segala-galanya..
Kini usia hampir 23 tahun..
Aku bergantung segalanya pada keluarga..
Mereka telah banyak berjasa padaku..


 Ayah pernah berpesan semasa aku dan adik akan melangkah ke Universiti :
 "Belajar rajin-rajin", kita orang susah..
 Pesanan ni sentiasa dalam ingatan hingga kini dah tahun 3..

 Mak selalu bawakan makanan bila pulang dari kampung..
 Selagi boleh bawa, macam-macam yang akan di bekalkan..
 Mak sumber kekuatanku..
 Seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi hidup...

Kak Long : Aku tak rapat dengan kak long tapi dah besar-besar ni baru rapat..
Suri rumah yang suka memasak..

Kalau datang rumahnya, makan saja..
Banyak membantu aku dan adik sejak di menara gading..
Takda duit dia tempatku meminta..
Ayah selalu pesan, "Jangan lupa jasa mereka (abang & kakak) "..

Adik :  Sahabat yang sentiasa bersama dalam suka dan duka...
Sahabat seusrah, kawan gaduh, hehe..
Kenangan selepas belajar akan aku ingati..
Sahabat seperjuangan!!

Sayang kalian kerana Allah..
Moga bersana ke jannahNya...

Monday, March 26, 2012

ILMU vs AMAL


Semalam aku menemani sahabatku ke surau untuk memberi tazkirah dan lebih aku suka katakan adalah "Perkogsian ilmu"..Perkara yang kita biasa cakap dan hari-hari kita bersamanya iaitu "ILMU"..

Sedih sangat bila teringat pengalaman aku di Pusat Perlindungan wanita Baitul Ihsan, Sabak bernam, Selangor..
Allah..Rasa nak balik pada hari pertama aku bersua muka dengan penghuni pusat tersebut..Rasa menggeletar dan berkata-kata di benakku: "Ya Allah, betul ke aku berhadapan dengan mereka??" Selama ini aku hanya melihat di kaca Tv sahaja..

Nak kaitkan dengan ilmu, adakah ilmu agama yg mak ayah bagi dari kecil tu tak cukup??
Sudah banyak ilmu asas agama yg di ajar mak ayah tapi masih tersesat ke lembah maksiat..
Yang menyayat hati adalah usia yang sangat muda remaja..

Teringat pula 2 hari lepas, seorang perempuan  membawa teman lelakinya datang kerumah dan tidur dirumah abangnya..

Sedihnya bila aku tengok mereka yang tidak menjaga "ikhtilat"..
Hm..mak ayah dah cukup bagus dalam menjaga agama tapi anaknya tidak..

Bakal seorang guru dan pasangan yang merupakan TLDM, sudah cukup hebat bila di pandang orang jika meliha kerjaya mereka tapi ia tidak bernilai di sisi Allah kerana tidak menjaga batas syara'..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)

Malu sangat aku tengok..Kata adik, "macam mana nak malu dengan kita sedangkan jauh sekali dia malu dengan Allah"..

Macam mana ada ilmu, seorang Islam tapi tidak menjaga "SYARA' "

Sebab itu Allah tak pandang ilmu tapi Allah pandang "HATI"..

Aku bersyukur Allah masih menjaga aku..

Istikharahku

Ya Allah..
Meniti hari demi hari..
Menyelusuri jalanMu..
Aku mengharapkan sekeping hati
Bernama suami mengisi hati ini
Bersama-samaku dalam mengejar cinta Ilahi

Ya Rahman
Aku sentiasa mengharap
Dia hadir pada masanya
Menggenggam erat tanganku menuju jannah
Membimbingku dikala aku terleka
Mengingatkan ku dikala aku alpa

Ya Rahim
Aku sentiasa merindui bakal zauj ku
Sentiasa menunggu dibenak kalbu
Tiada siapa yang tahu
Rahsia agungMU
Hingga kini aku tertunggu-tunggu

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Sunday, March 4, 2012

~Masa yg pergi~




Setiap hari masa berlalu pergi
Kesalahan tak henti
Memikul beban yang sangat berat di hati
Ya Rahman, ampunkan diri ini

Setiap hari menghitung masa
Jarang pernah rasa bersyukur pada yang Esa
Menerima qada' dan qadar yang tertera
Ya Rahim, jadikan aku hamba yang setia

Setiap hari menunggu masa
Berlalu pergi tak terasa
Tanpa pahala disisiNya
Ya 'Alim, bantulah hamba

Setiap hari makin terasa
Dosa pahala tak tahu mana
Moga jalan menuju cinta
Terus mekar berbunga

Setiap hari hati berkata
Bila masa akan tiba
Cinta Allah tak kira siapa
Moga syurga dihati kita

p/s : ingatan buat diri..
Sama-sama buru CINTA ALLAH!! (-_~ )

Monday, February 27, 2012

Aku perlukan Teman...


Ya Allah...
Aku perlukan teman bersamaku,
Ampunkan dosaku Ya Rahman,
Aku tahu, hanya Engkau sahaja teman sejatiku..

Ya Rahman...
Aku perlukan teman yang halal mencintaiku,
Ampunkan dosaku Ya Rahim,
Aku tahu, hanya Engkau sahaja cinta sejati dan hakiki...

Ya Rahim...
Aku perlukan teman mendengar kesedihan hati,
Ampunkan dosa ku Ya Rahman,
Aku tahu, hanya Engkau tempat aku mengadu...

Ya Razzaq..
Aku perlukan teman membantuku dalam kesusahan,
Ampunkan aku Ya Allah,
Aku tahu, Engkau setia disisi membantuku...

Ya 'Alim...
Aku perlukan teman teman membimbingku dalam kehidupan,
Ampunkan aku Ya Allah,
Aku tahu, Engkau sahaja yang benar memimpin jalan hidupku...





Wednesday, January 25, 2012

Antara 2


Alhamdulillah..

Bermula cuti semester 21 Jan - 19 Feb 2012 ni..
Cuti-cuti ni bukan rehat-rehat semata tapi ada taklifan dan tanggungjawab yang perlu di selesaikan..
Tanggungjawab ni takkan lepas walaupun sesaat..

Kenapa?
Hidup ini adalah "Amanah" dari Allah kepada kita kita...
"Hamba & Khalifah" di buka bumi ini...
Walaupun cuti,tapi ada sahaja kerja-kerja yang perlu di selesaikan..

Ya Allah..
Permudahkan urusan hamba ini..
Melaksanakan tanggungjawab demi agama-Mu..



Memilih "Keluarga" atau "Jemaah"??
Kadang-kadang terpaksa melebihkan Jemaah dari Keluarga..
Mungkin ini di namakan "Pengorbanan"??
Hanya Engkau mengetahui segala..

maafkan akak Mak Ayah..Redhai anak mu ini..

Wednesday, January 4, 2012

Adam & Alif

 11 Safar 1433 Hijrah / 4 Jan 2012
~Sesi Persekolahan bermula~

...::: Cerita Adam :::...



Hari ini Adam memulakan sesi persekolahan pada usia 5 tahun..
Sekolah PASTI...
Best dengar cerita ucu dia yg mengatakan "Comel Adam"..
Haritu masa gi daftar, balik rumah Adam tanya ibu (kak Long) , 
"Bila lagi nak pakai baju sekolah??"
Nampaknya suka betul sekolah..

___ ::  Cerita Alif :: ____

 Kata Acu lagi (Adik bongsuku) , 
"Älif Smart!!!"
Wah, Imej baru anak saudara ku pada tahun ini dah Tahun 3..
"Jadi pengawas, Pakai cermin mata"!!
Terbayang macam muka budak2 kecil yg skema..Hehe..
Kata adik, macam muka atok (ayahku) bila pakai cermin mata..

*******************************************
Lama tak jumpa mereka berdua..
Rindu sangat rasanya..
Walaupun rumah taklah jauh sangat dari Nilai ke Kajang tapi kekangan yang menyebabkan aku sukar dan lama tidak bersua mereka..

Mak Ngah doakan Alif dan Adam menjadi anak yg soleh..
Dapat ikut jejak Angah & Acu ke Menara Gading..
Menjunjung cita-cita UMMAH..