Tuesday, June 12, 2012

Bakal Imamku


















Bakal Imamku :

Ya Allah, imamku rahsiaMu,
Sentiasa ku nanti, dalam benakku,
Hanya doa, ku pohon padaMu,
Moga terlerai di suatu waktu.

Imamku soleh, penyejuk mata,
Itu yg ku impikan dengan kata-kata,
Cukuplah iman dan juga agama,
Sebagai jalan, menuju bahagia.

Imamku menawan, tidak terkata,
Hanya harapan yang ku pinta,
Menjadi pasangan penyejuk mata,
Dalam solat, sentiasa ku pinta.

Imamku pandai, lagi bijak,
Biar biasa asal tak kacak,
Bila bercerita banyak berkata,
Sebut soal agama, tidak terkata.

Imamku soleh, menjaga hati,
Kerna takut pada Ilahi,
Mujahadah hati kerana seorang isteri,
Yang di impi dan di nanti.


Moga tiba suatu hari,
Yang di tunggu akan tiba,
Inilah ia, harapan hati,
Seorang insan, bergelar ‘isteri’.

p/s : Ya Allah, jk ‘dia’ yg terbaik untukku, 1 kanlah hati kami,
jk tidak, leraikanlah dgn ketentuanMu..
Ameen…

Friday, June 8, 2012

KENANGAN HARI GURU

Alhamdulillah..
16 Mei 2012 masih berpeluang untukku mengucap lafaz dan kalimat :
"SELAMAT HARI GURU"..
Mengenang kembali kenangan semasa mengaja di KAFA MINDA CERAH, Nilai, Negeri Sembilan.
Teringat kenangan dan telatah anak murid.
Nakal-nakal biasala budak-budak tapi kadang-kadang mencuit hati dan tertawa sendiri bila kenangan itu berlalu pergi..



Pelajar tahun 1

Gambar kenangan bersama ustaz2 & ustazah2

Kini semuanya tinggal kenangan,
Ucapan Hari Guru dr murid-murid tiada lagi kedengaran,
Moga kenangan yang berlalu menjadi memori indah dalam hidup ini..

Wednesday, June 6, 2012

Pantun utk diri

Assalamu'alaikum...

Setelah hampir 1 bulan menyepi di blog ini, dapat ku coretkan sedikit sempena cuti ulangkaji sebelum peperiksaan bermula 11 jun ini..

5 Jun 2012, genap umurku 23 tahun..
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku bernafas an yg paling penting dapat beribadah kepadaNya dan menjahit sejadah iman yg terkoyak..



Pantun utk diri :

5 jun 2012

Hari ini bertambah usia,
Rasa takut pd yg Esa,
Mengingat entah bagaimana dosa,
Moga ibadahku penghapus segala.

Hati ini rasa hiba,
Melalui perjalanan yg penuh pancaroba,
Hanya doa ku pohon pd Nya,
Moga di izin mencapai bahagia.

Ya Rahman,
Aku perlukan teman,
Bersama-samaku dlm perjuangan,
Kerna syurga menjadi idaman,
Setia makhluk bernama insan.

Tiada apa yg mampu di lafazkan,
Hanya doa ku panjatkan,
Moga umur yg bertambah di manfaatkan,
Hanya Allah yg mengizinkan.

Seiring sejalan mengiringi langkah,
Setiap yg dilalui harus tabah,
Hanya kepada Allah, harus ku berserah,
Agar hati sentiasa pasrah.

Syukur nikmat, tiada tandingan,
Segala ibadah, jangan tinggalkan,
Setiap kesalahan jadikan tauladan,
Agar kita mengambil pengajaran.

Ya Rahim, cinta Hakiki,
Cinta Abadi lagi murni,
Ampunkan segala dosa diri,
Untuk menikmati syurga firdausi.

Terima kasih atas ucapan,
Kepada semua rakan dan taulan,
Moga ukhwah kekal berpanjangan,
Itulah dia, yang kita haraplkan.


Semoga Allah membantuku dalam mujahadah ini..=)

Wednesday, May 9, 2012

~ PASTI & ADAM ~


Alhamdulillah..Dapat merasai peluang dan ruang bersama ibunda tercinta kebetulan cuti Hari Pekerja emak datang ke Kuala Lumpur, ke rumah kakak..
Awal-awal lagi dah pesan, minggu ni jangan kemana-mana..:)

Sekolah PASTI >>>

28 April 2012 mengimbau kenangan ketika bersekolah di :

PASTI NURUL HAYAT
Taman Mas,
Jalan Bukit Pasir,
83000,Batu Pahat,Johor.


Masa zaman aku, takda lagi sukan tahunan sekolah PASTI tapi seronok pula Adam dengan kawan-kawan Adam melakukan permainan yang di jalankan..Macam-macam ragam ada, gelak ketawa mak ayah kanak-kanak dan mereka yang hadir semasa hari sukan berlangsung.


Adam menyertai lari dalam guni untuk kategori 5 tahun lelaki

Adam dan piala yang diperolehi

Moga Adam menjadi anak yang soleh pada masa hadapan,
Alhamdulillah ada juga yang mengikuti jejak aku masa kecil.

Friday, April 27, 2012

Orang Asli

Mengenang kembali kenangan bersama mereka di perkampungan Orang Asli Langkap Dangi, Jempol Negeri Sembilan dan Kg. Meranti, Pekan, Pahang.

Sungguh indah bumi Allah ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Maksud firman Allah swt :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Al-Hujurat : 13)

Inilah hikmahnya Allah menciptakan manusia.

Syukur kpd Allah diri yg dhaif ini berpeluang berprogram bersama masyarakat orang Asli utk mengenali dan memahami keadaan mereka secara tidak langsung berda'wah kepada mereka.

Kedua-dua program yg berlangsung selama 6 hari 5 malam ini memberi kesan yg sangat besar kepada aku dan sahabat-sahabat semua.

Ukhwah yg terjalin menjadikan kami lebih mesra dan lebih mudah berkongsi antara satu sama lain, bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar USIM dan keluarga angkat masing-masing tetapi juga di kalangan pelajar dan pelajar, antara senior dan junior. :)

Kg Langkap Dangi, Jempol, Negeri Sembilan :



Perjalanan da'wah di kampung orang asli .

> UKHWAH
Kami disambut dengan cara tradisional. Kena makan daun sirih dan gambir.
Pedas rasanya tapi simpan dalam mulut dan buat-buat makan untuk menjaga hati.
Allah, teruji juga hati ini lagi-lagi untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat mereka.
Tak mengapa, ini baru permulaan.

> MESRA
Penduduk yang sangat peramah dan mudah mesra.
Alhamdulillah, mereka sangat menerima kedatangan kami dan penduduk yang sangat ramah juga walau baru mengenali .

> RAPAT
Ziarah adalah perkara yang sangat penting bagi kami untuk lebih rapat dengan keluarga angkat.
Makan bersama & bercerita.
Best sangat.

Kg Meranti, Pekan, Pahang



.> ILMU
Sangat gembira bila tengok anak-anak penduduk kampung yang bersama-sama kami dalam modul yang disediakan. Mereka sangat pandai dan cerdik-cerdik. Kasihan apabila ada keluarga yang tidak pentingkan pendidikan.
Pendekatan kami bertanya tentang minat dan kesukaan serta apa yang mereka dapat dan pelajari di sekolah. Respon yang sangat bagus dari anak-anak ini. Ada potensi menjadi anak-anak yang sengat dan lebih berjaya dari masyarakat yang tinggal di bandar.

> KEBERSAMAAN
Ibu bapa turut bersama-sama anak-anak angkat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang di jalankan. Mak dan ayah angkat yang turut memberi sokongan dan bersama-sama dalam melakukan aktiviti. Sporting juga mereka dalam beriadah, makan bersama-sama dan menerima tetamu kerumah dengan hati yang terbuka.

> RENDAH DIRI
Sikap rendah diri orang asli kaum Jakun yang sangat menebal dalam diri mereka. Tapi bukan bermakna mereka mundur. Mereka maju dari segi telekomunikasi tapi mereka tidak menjunjuk-nunjuk dan inilah sikap yang paling baik yang perlu ada dalam diri individu sebagai seorang Daíe.

Dari hati :
Terlalu banyak yang ingin di coretkan tapi inilah serba sedikit yang ana ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat. Pengalaman yang sangat berharga yang tidak semua orang dapat laluinya. Kenangan terindah yang Allah izinkan ini memberi seribu makna dalam medan Da'wah ini.

Paling indah apabila terdapat 3 orang yang masuk Islam.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. 

Wajah-wajah yang suci, baru memeluk Islam.

Pak Cik Abdullah Hakimi bin Abdullah,dan Mak Cik Amatullah binti Abdullah.
Pak Cik Muhammad Deen

Method yang pelbagai untuk menarik mereka kepada Aqidah yang Satu (Islam). Walau apa pun inilah wasilah yang ada dan moga hidayah Allah akan menyinari mereka, insya'Allah.

Penerimaan mereka kepada kami yang Islam ini sangat positif walaupun mereka tidak Islam.
Sama-sama menjaga ukhwah yang telah terjalin. Moga mereka mendapat sinar Hidayah, insya'Allah..

Wednesday, April 25, 2012

KEMBARA DA'IE

KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA IPT 2012


Alhamdulillah..setelah hampir 1 bulan setengah melakukan persiapan akhirnya Kembara Da'ie menutup tirai.
Hampir 200 orang pelajar USIM bersama menjayakan program ini termasuk wakil dr UAIM, UM, UKM dan KUIS.

Menariknya, Konvensyen ini bergabung pelbagai Program atau bidang yang terdapat di dalam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM iaitu program Da'wah dan Pengurusan Islam, Kaunseling, Komunikasi dan juga program Pengajian Aqidah dan Agama.

Daripada gabungan program-program ini, dapat di lihat skop da'wah yang sangat memainkan peranan penting dengan menggabungkan kesemua program yang mempunyai elemen-elemen tersendiri dan cara yang berbeza dalam menyampaikan da'wah kepada masyarakat. 

Berkongsi pengalaman da'wah dan manhaj yg sama dan ada juga yang berbeza..Sangat memberi kesan untuk diri seorang Da'ie kerana perkongsian ini bukan mudah di kongsikan dan setiap orang melalui pengalaman yang berbeza-beza untuk diceritakan dan sukar digambarkan.

Tajuk pembentangan yang sangat menarik dari setiap wakil institusi. Tempat-tempat atau kawasan lapangan da'wah yang berbeza menarik minat untuk mengetahui apakah cara yang sesuai untuk mendekati mad'u-mad'u ini. Program yang bermula seawal jam 8 pg-5 ptg ini berjalan dengan lancar dan tepat pada masanaya.

Hasil daripada Konvensyen IPT 2012 ini, dapatlah saya mengetahui pengalaman-pengalaman dan method-method yang di gunakan bagi individu-individu dan IPT tertentu untuk menarik "MAD'U" menerima apa yang kita sampaikan..

 Hadis Rasulullah yg bermaksud :
"Sampaikanlah walau sepotong ayat"..

Titik tolak daripada maksud hadis ini,
> sampaikanlah,
> katakanlah, 
> ajaklah,
> lakukanlah,
kepada sesiapa sahaja sesuatu perkara yang baik walaupun ia perkara yang kecil. Biarlah kecil tapi memberi manfaat yang sangat berguna..

Moga Kembara Da'ie ini dapat  dijalankan pada tahun-tahun berikutnya bagi sama-sama berkongsi ilmu dan idea bersama..

"MeNjAnA UkHwAh, MeMpErKaSa Da'Wah"

Monday, April 23, 2012

Hati seorang Da'ie

Tersirat dalam hati seorang DA'IE..

 

Kdg2 rasa letih diperjalanan..
Kdg2 rasa sangat penat meneruskan hidup ini..
Kdg2 rasa terhenti dipertengahan jalan..
Hakikat kehidupan,
Selagi nadi berdenyut,
Selagi nafas berhembus,
Selagi jantung berdegup,
Hidup perlu diteruskan..
HATI tetap gagah & tabah melangkah meneruskan perjuangan RASULULLAH, meraih redha yg ESA...=)

 

17/4/2012 BKS 2.4