Wednesday, June 20, 2012

Hari Bapa

Pagi 17 Jun 2012
Selepas solat subuh, terus study sikit walaupun ngantok sambil-sambil mesej dgn adik yg pulang ke rumah kakak.
Hampir jam 9 pg, mata ni mengantok sangat, sedar mesej adik dan baca, kemudian tidur semula
Adik yang tak puas hati call aku, telefon ayah, Hari Bapa! aku pula, yeke?mcm tipu je..bagi aku hari-hari HARI BAPA..:)

Sekejap tu, aku terus call ayah..
Baru beberapa minit, ayah kata,"tak ucap pun"?
Aku tergelak, "nak ucaplah ni"..hehe
"SELAMAT HARI BAPA"!
Lama juga bual dgn ayah dalam telefon..Hampir 25 minit..macam-macam cerita..
Bila ingat-ingat semula, sejak bila ayah pandai ingat hari bapa ni, sedangkan tahun -tahun sebelum ni tak pula..
Kini baru aku sedar, makin berumur umur mak ayah, mereka makin perlukan perhatian kita sebagai anak.
Sangat perlu menjaga hati mereka..
Rasa kejap je umur bertambah.
Moga Allah izinkan kau membalas jasa mak ayah yang telah banyak berjasa kepadaku selama ini, insya'Allah..
Rahmatilah ibu bapaku Ya Rahman..

Sunday, June 17, 2012

LEBIH BAIK SAHABAT DARI TEMAN

Pagi yang sunyi seperti mengikut hati yang sedih dan sayu apabila terpaksa  membuat keputusan yang menyakitkan hati sendiri. Tak siapa tahu selain Allah s.w.t. Sangat berat bila berusaha ingin bermujahadah dari melawan penyakit hati ini.

Ya Allah..
Salah aku sendiri kerana mudah suka pd seseorang.
Itulah namanya cinta,
Orang yg aku tidak sangka menjadi sahabat yang agak rapat kini.
Aku suka padanya. Agamanya bagus dan aku inginkan zauj sepertinya tp aku hanya mampu menyimpan perasaaan ini, kadangkala aku rasa memang aku bertepuk sebelah tangan sahaja.

Dalam hati memang ada niat nak menjauhkan diri darinya,
Tidak elok seorang muslimah berhubung dengan seorang lelaki yg rapat, walaupun hanya sahabat, takut-takut ada perkara lagha yg hadir.

Allah..
Kadang-kadang hati ini terusik, kenapa “si dia” mesej aku?
Tanya khabar? Exam? Seolah-olah dia “couple” aku, lagi-lagi banyak perkara yang membuatkan aku rasa “dia” lebih dari seorang sahabat.

Aku mudah berkongsi dengan dia,
Dia juga banyak berkongsi cerita dan pendapat dengan aku,
Hampir setengah tahun kami bersahabat rapat, tapi semenjak aku dengar ceramah tentang israk mikraj, hatiku terusik, mengetuk pintu hati agar menjauhkan diri darinya..
Makin nak jauh, makin dekat dia datang.

Semalam, kami bermesej, Ya Rahman, aku dah mula sedar,
“dia” kata sahabat kami tahu kami bermesej,”kita bukan ada apa-apa pun”.., jangan risau.
Jadi aku mula sedar, dan mengatakan, “Yela, takut sahabat tu fikir lain walau kita sahabat”.
Katanya lagi, takdala..Aku pun mengiakan sahaja.

Kini aku mula terfikir, kenapa bila aku bersahabat denga seorang muslimin, dan dia rapat dengan kita, kita fikir dia lebih dari seorang sahabat. Kini aku merasakan, ukhwah sebagai “SAHABAT” itu lebih baik dari ukhwah sebagai “TEMAN”. Bila sahabat, kita mudah berkongsi, tapi bila teman, kita rasa nak jadi yang baik je untuk dia agar apa yang kita buat boleh menarik hati dia..

Aku silap.

Sekarang aku rasa lebih tenang dengan keputusan ini dan moga Allah kuatkan hati ini melangkah. Nak mujahadah menjauhkan diri darinya. Rasa aku mendorong dia ke lembah dosa bila berhubung dengannya.

Aku nak suami yg menjaga ikhtilat, tp aku tidak menjaga itu, mungkin sebab itu Allah tak izinkan aku ada pasanagan sekarang.

Aku nak jaga hubungan baik dengan Allah dulu, nak betul-betul laksanakan tanggungjawab aku padaNya dengan baik. Moga Allah kuatkan hati dan langkahku ini semata-mata kerana cinta kepadaNya.

 ~mengharap bertemu cinta Hakiki dan Abadi~



ISRA' MIKRAJ



Alhamdulillah..

Malam 27 Rejab 1433 hijrah diberi dan mendapat makanan rohani sebentar tadi.
Di Dataran Nilai ada karnival gema Isra' Mikraj, sangat memberi kesan pada diri terutama mengingati kembali pengorbanan dan kebesaran Allah.Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis.

Antara perkara yang sangat perlu di ambil iktibar ialah :
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Namun, adakah kita benar-benar menjaga waktu solat kita?
Bagaimana kita nak menunjukkan rasa kasih sayang kita pada Baginda yang sanggup memohon kepada Allah agar meringankan waktu solat ini??
Sehingga semasa dalam keadaan tenat, Nabi masih lagi ingat pada kita sebagai umatnya, tetapai adakah kita ingat pengorbanan terbesar Nabi ini?

Renungan bersama..Berusaha menjaga solat sebaiknya..Doa bersama sahabat-sahabat..:)




Friday, June 15, 2012

Nak BerCINTA??

CINTA ini fitrah dalam kehidupan. Cinta ini sangat subjektif, sukar untuk di halang, hanya diri yang kena pandai menjaga benteng syariat. Jika diri mudah tersasar dan goyah dengan cubaan cinta yg melekakan, sangat bahaya dan merosakkan. Na’uzubillah.
 
Kerana itu, di situlah nilainya ilmu yg kita pelajari selama ini. Ilmu agama dari tadika, sekolah agama serta di universiti untuk kita aplikasikan dalam kehidupan. Jika kita pelajari sahaja tanpa kita amalkan, mana buktinya apa yg kita belajar dan cakap “jangan buat itu, jangan buat ini, ini dosa, salah”??? Jadi, sama-samalah kita amalkan ilmu yang kita pelajari dan seterusnya menjadi contoh terbaik kepada orang lain. 
Jangan berbangga memiliki kekasih hati, jangan berbangga mempunyai kekasih yang cantik, hensem, kaya, berharta, tapi bersedihlah kerana kita orang yang rugi. Rugi kerana berbangga bukan pada tempat dan hak yang bukan milik kita. Kenapa kita perlu menunjuk-nunjuk dan bercerita pada orang lain sedangkan perkara itu boleh melekakan.

Walau bagaimanapun, berusahalah menjaga hubungan itu dengan batas syari’at agar Allah izinkan kearah hubungan yang halal dan dikehendaki syari’at Islam. Jangan sesekali rasa menyesal dengan apa yang Alllah bagi tapi perlulah muhasah diri jika “Cinta itu datang bukan pada masa yang kita rasa sesuai”. Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi dan banyak hikmah.

Haruslah bersyukur jika kita memiliki pasangan yang baik, menjaga agama tapi harus beringat, semua itu pinjaman Allah. Sentiasa dekatkan diri pada Allah agar apa yang kita impikan akan tercapai untuk memiliki redha Allah.

Boleh nak ber”CINTA” dengan manusia yg bukan sejantina tapi ada syarat-syarat yg perlu kita lalui untuk melepasi garisan ini :

1- Jaga hubungan dgn Allah 
ü  Sejauh mana kita menjaga solat?
ü  Solat awal waktu? Lengah-lengah? Hujung waktu?
ü  Menjaga ibadah seharian kita dengan DIA?
ü  Istiqamah dalam melakukan ibadah?? Hanya meminta pada masa-masa tertentu?
ü  Jaga aurat?

2-Jaga hubungan dengan manusia
ü  Adakah kita betul-betul menjaga amanah?
ü  Menjaga aib sahabat kita?
ü  Menjaga silaturrahim dengan baik?
ü  Membantu sahabat apabila memerlukan?

Banyak lagi yang boleh disenaraikan, cukuplah yg asas menjadi renungan kita bersama.

Jika kita rasa kita mampu menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia, insya’Allah, kita boleh bercinta dengan mereka yg bukan sejantina dengan kita. Setiap manusia impikan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan dan segala yang baik itu, bermula dari diri kita sendiri. Sama-sama kita berusaha menjadi yang terbaik. Moga Allah membantu kita dalam membaiki diri yang banyak sangat dosa dan khilaf.

~SeLaMat BerMuJAhAdAh!!!~

Ingatan untuk diri yg sedang berusaha bermujahadah..

Tuesday, June 12, 2012

Bakal Imamku


















Bakal Imamku :

Ya Allah, imamku rahsiaMu,
Sentiasa ku nanti, dalam benakku,
Hanya doa, ku pohon padaMu,
Moga terlerai di suatu waktu.

Imamku soleh, penyejuk mata,
Itu yg ku impikan dengan kata-kata,
Cukuplah iman dan juga agama,
Sebagai jalan, menuju bahagia.

Imamku menawan, tidak terkata,
Hanya harapan yang ku pinta,
Menjadi pasangan penyejuk mata,
Dalam solat, sentiasa ku pinta.

Imamku pandai, lagi bijak,
Biar biasa asal tak kacak,
Bila bercerita banyak berkata,
Sebut soal agama, tidak terkata.

Imamku soleh, menjaga hati,
Kerna takut pada Ilahi,
Mujahadah hati kerana seorang isteri,
Yang di impi dan di nanti.


Moga tiba suatu hari,
Yang di tunggu akan tiba,
Inilah ia, harapan hati,
Seorang insan, bergelar ‘isteri’.

p/s : Ya Allah, jk ‘dia’ yg terbaik untukku, 1 kanlah hati kami,
jk tidak, leraikanlah dgn ketentuanMu..
Ameen…

Friday, June 8, 2012

KENANGAN HARI GURU

Alhamdulillah..
16 Mei 2012 masih berpeluang untukku mengucap lafaz dan kalimat :
"SELAMAT HARI GURU"..
Mengenang kembali kenangan semasa mengaja di KAFA MINDA CERAH, Nilai, Negeri Sembilan.
Teringat kenangan dan telatah anak murid.
Nakal-nakal biasala budak-budak tapi kadang-kadang mencuit hati dan tertawa sendiri bila kenangan itu berlalu pergi..



Pelajar tahun 1

Gambar kenangan bersama ustaz2 & ustazah2

Kini semuanya tinggal kenangan,
Ucapan Hari Guru dr murid-murid tiada lagi kedengaran,
Moga kenangan yang berlalu menjadi memori indah dalam hidup ini..

Wednesday, June 6, 2012

Pantun utk diri

Assalamu'alaikum...

Setelah hampir 1 bulan menyepi di blog ini, dapat ku coretkan sedikit sempena cuti ulangkaji sebelum peperiksaan bermula 11 jun ini..

5 Jun 2012, genap umurku 23 tahun..
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku bernafas an yg paling penting dapat beribadah kepadaNya dan menjahit sejadah iman yg terkoyak..



Pantun utk diri :

5 jun 2012

Hari ini bertambah usia,
Rasa takut pd yg Esa,
Mengingat entah bagaimana dosa,
Moga ibadahku penghapus segala.

Hati ini rasa hiba,
Melalui perjalanan yg penuh pancaroba,
Hanya doa ku pohon pd Nya,
Moga di izin mencapai bahagia.

Ya Rahman,
Aku perlukan teman,
Bersama-samaku dlm perjuangan,
Kerna syurga menjadi idaman,
Setia makhluk bernama insan.

Tiada apa yg mampu di lafazkan,
Hanya doa ku panjatkan,
Moga umur yg bertambah di manfaatkan,
Hanya Allah yg mengizinkan.

Seiring sejalan mengiringi langkah,
Setiap yg dilalui harus tabah,
Hanya kepada Allah, harus ku berserah,
Agar hati sentiasa pasrah.

Syukur nikmat, tiada tandingan,
Segala ibadah, jangan tinggalkan,
Setiap kesalahan jadikan tauladan,
Agar kita mengambil pengajaran.

Ya Rahim, cinta Hakiki,
Cinta Abadi lagi murni,
Ampunkan segala dosa diri,
Untuk menikmati syurga firdausi.

Terima kasih atas ucapan,
Kepada semua rakan dan taulan,
Moga ukhwah kekal berpanjangan,
Itulah dia, yang kita haraplkan.


Semoga Allah membantuku dalam mujahadah ini..=)