16 September 2011 adalah Hari Malaysia..
Kenangan yg takkan aku lupakan bersama sahabat tersayang,,
Jaket yg terjatuh menyebabkan terbelit di roda motor menyebabkan kami terjatuh dan motor trseret di jalan..
Baju, seluar dan tudung tak koyak sedikit pun, hanya stokin sahaja tetapi keajaiban Allah, kami kami langsung tidak luka dan hanya luka dalaman yang orang tak nampak..
Tangan dan pinggang luka..Mungkin akibat terseret di atas jalan..
Syukur tiada kereta di belakang kami..
Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan diri ini utk beribadat kepadaNya..
Hari jumaat yang memberi banyak makna dalam hidup..
Terima kasih kepada mereka yg membantu dan sahabat-sahabat yg menolong..
“ Dan tidak sepatutnya orang-orang mu’min itu semuanya pergi (ke medan perang).Mengapa sabahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”. (at-Taubah:122)
Saturday, September 17, 2011
Thursday, August 4, 2011
~MuHaSaBaH CiNtA~
31 julai 2011, bersamaan 29 Sya'ban 1432 Hijrah..
Lagu ini mengingatkan aku kepada pemergian Mohd Hakim bin Md Salim, adik sahabatku yg kemalangan jalan raya akibat di langgar oleh sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang dari menziarahi saudara menuju kerumah.
Menurut kakaknya yang kedua, Hakim suka dengar lagu "MUHASABAH CINTA"..
Masa mula-mula aku dengar lagu ni, aku memang suka sangat sampai letak dalam blog sebagai lagu utama..
Lagu yang menyajikan lirik-lirik yang sangat bermakna kepada "Sang Pencipta"...
Sungguh hebat Allah itu kepada kita..
Pemergian Hakim memberi banyak hikmah dan pengajaran buat diri yang masih hidup.
Usia semuda 17 tahun telah disambut Ilahi, apatah lagi aku kini 22 tahun..
Ya Allah..moga di bulan yang barakah ini, Engkau izinkan aku beribadat kepadaMu sebanyaknya..
Jadikan aku hamba yang sentiasa memohon ampun kepadaMu..
Labels:
Kematian
Friday, July 29, 2011
~ Jumaat yg indah

Syukur Alhamdulillah..Hari ini memulakan perjalanan dari rumah Pak Cik seawal jam 5.30 pg bersama sahabat tersayang..Setiba diKTM, surau tak buka lagi..Sedihnya..nak solat jam berapa macam ni..Tapi, Allah tu Maha Bijaksana..Mengurniakan akal dan ilmu dan boleh bersolat dimana-mana sahaja walaupun ditempat awam tetapi pastika tempat itu bersih..
Selesai sudah sahabatku bersolat dibawah jejantas di KTM, Train pun sampai..Pergilah sahabatku menaiki komuter ke KL..Aku pula sempat bersolat di surau memandangka surau telah dibuka kuncinya..
6.50 pagi : Lama juga tunggu komuter, dalam 30 minit..Sempatla baca Al-Ma'thurat..Dalam komuter, aku melabuhkan kepala..Dapat jugalah tidur walaupun sekejap..Hujan memecah suasana pagi..Sejuknya..=)
7.20 pagi : Alhamdullah sampai di terminal 1..Dapat bus jam 8.30 pagi..Tak sabar rasanya ingin bertemu sahabat-sahabat..Rindu sangat kenangan bersama mereka dalam program..Lama sudah aku membawa diri tanpa bersama mereka..
Moga-moga bertemulah nanti..Hujan yang penuh barakah menjadikan aku bersyukur atas nikmat "Islam & Iman"..Terlalu besar hikmah kejadian alam ini padaku lagi-lagi dapat mengenali sahabat-sahabat yang sefikrah dan mencintai "Da'wah"..
Bersabarlah sahabat-sahabat..Allah sedang menguji kita..Keterbasan, kejauhan kitasmenjak-menjak ini, tapi yang pasti, hati ini tetap bersama kalian..Hanya doa yang ku pohon dan harapan agar ikatan ukhwah ini kekal selamanya, insya'Allah..
Sunday, July 17, 2011
NISFU SYA'BAN
Bulan Sya'ban adalah bulan yang mulia disisi Allah atau juga dikenali dengan bulan Rasulullah dan bulan dimana amal ibadah kita diangkat oleh Allah s.w.t, maka sewajarnya kita isi dengan amal dan taqwa.
Pelbagai ibadah yang boleh kita lakukan, antaranya :
1-Istighfar
2-Memohon keampunan untuk ibu bapa
3-Zikir
4-Membaca tasbih, tahmid
5-Selawat
Sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang barakah ini..
Pelbagai ibadah yang boleh kita lakukan, antaranya :
1-Istighfar
2-Memohon keampunan untuk ibu bapa
3-Zikir
4-Membaca tasbih, tahmid
5-Selawat
Sama-samalah kita mengimarahkan bulan yang barakah ini..
Sunday, June 12, 2011
~JAULAH KPIJ~
Alhamdulillah..perjalanan bermula jam 5.00 pagi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Berhenti solat subuh di R&R dan sarapan bersama..
Meneruskan perjalanan jam 7.00 pagi dan hantar sahabat UKM di Bangi dan tiba di Kajang jam 9.50 pagi ..
Semasa perjalanan terlalu banyak yang aku dapat..
~kenal sahabt-sahabat lebih mendalam~
~berkongsi ilmu~
~gelak ketawa bersama~
~luahan hati~
Ke pasar mencari lauk..
Masak-masak, makan bersama-sama seperti adik-beradik..
Bestnya, sebab adik-beradik aku makin ramai pula tiba-tiba di rumah Kak Long..=)
Selepas makan..
Meneruskan perjalanan jam 1.00 ptg ke UIAM untuk ke UTM Puncak Alam..
2.45 ptg ke UTM Puncak Alam dan mengenali adik-adik KPIJ dengan lebih dekat..
Alhamdulillah..
Lama juga bersama berkongsi ilmu dan berkenalan..
Dapat hadiah buku,
"8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU"
Terima kasih sahabat atas pemberian yang sangat bernilai..
6.30 ptg pulang ke UIAM dan bersama sahabat berecrita dan berkongsi pengalaman..
Seronok sangat rasa..
Peluang yang tidak tahu kedua kalinya..
Alhamdulillah Ya Allah..mengizinkan aku bersama mereka..
Wednesday, June 8, 2011
5 Jun 2011

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya, usiaku kini 22 tahun..
5 jun 2011 tarikh yang sangat bermakna dalam hidupku.
Tarikh ini aku menjangkau usia 22 tahun dan genap umurku itu, aku mendapat taklifan yang amat besar sekali dalam jemaah.."Hal Ehwal Siswi" dalam Kesatuan Pelajar Islam Johor.
Ya Allah..terlalu berat amanah ini.. Hari Ulangtahun Kelahiranku kali ini disambut dengan begitu meriah dengan doa oleh semua sahabat-sahabat selepas habis muktamar dengan ucapan dan nyayian lagu "Allah Selamatkan Rafidah"..
Ya Rahman, terharu sungguh aku di buatnya..Menitik air mata di pipi dikala mereka gembira menyambut ulangtahun kelahiranku walaupun tanpa kek..
Inilah hadiah yang sangat bermakna dalam jemaah buatku..
Terima kasih sahabat-sahabt.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..
Moga ukhwah yang terbina di jalan da'wah ini berkekalan selamanya..
Saturday, May 21, 2011
Perjalanan pulang ke kampung dengan hati yang gembira
Teruja ingin menemui bonda dan ayahanda tercinta
Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah..
Ya Allah...
setiba dirumah, pilunya hati ini apabila melihat sesuatu yang aku tidak sangkakan di "facebook" sahabat aku..
Sedihnya..
Air mata menitik..
Mak ayah dah gi kerja..
* Terima mesej adik
Sorang-sorang je ni
takda orang pn kt bilik
sunyi..
Jawabku :
~SUNYI~?
Aku lagi dik, sorang-sorang je
air mata mengiringi
Entah kenapa sedih sangat hari ini
teringatkan dosa-dosa yang terlalu banyak aku lakukan
Segala yang aku pendam dan simpan, akhirnya terluah jua..
Ya Rahman..aku sangat perlukanMu, sahabat-sahabat..
Berikan aku kekuatan Ya Allah..
Moga sahabatku sedar atas apa yang di lakukan mengaibkan diri sendiri & tidak manis di pandang orang..
(moga diriMu sentiasa dalam perlindungan rahmat Allah)
Teruja ingin menemui bonda dan ayahanda tercinta
Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah..
Ya Allah...
setiba dirumah, pilunya hati ini apabila melihat sesuatu yang aku tidak sangkakan di "facebook" sahabat aku..
Sedihnya..
Air mata menitik..
Mak ayah dah gi kerja..
* Terima mesej adik
Sorang-sorang je ni
takda orang pn kt bilik
sunyi..
Jawabku :
~SUNYI~?
Aku lagi dik, sorang-sorang je
air mata mengiringi
Entah kenapa sedih sangat hari ini
teringatkan dosa-dosa yang terlalu banyak aku lakukan
Segala yang aku pendam dan simpan, akhirnya terluah jua..
Ya Rahman..aku sangat perlukanMu, sahabat-sahabat..
Berikan aku kekuatan Ya Allah..
Moga sahabatku sedar atas apa yang di lakukan mengaibkan diri sendiri & tidak manis di pandang orang..
(moga diriMu sentiasa dalam perlindungan rahmat Allah)
Subscribe to:
Posts (Atom)