Thursday, May 30, 2013

~SABAR DUHAI HATI~

Assalamu'alaikum..

Apa khabar teman-teman seperjuangan ku?.
Allah..lama sangat tidak mencoret di sini..
Mg kalian dlm rahmat Allah..

Hari terus berlalu...sangat pantas masa pergi..
Dua bulan tidak dirasai..
Alhamdulillah, jawapan yg di tunggu menanti..
Tak mampu menyimpan lama di hati ini..

~tenang~sebak~sayu~mengalir air mata~
 
"....maafkan sy........"

Sangat berat ujian hati ini Ya Rahman..
Aku teruskan usaha aku dgn berdoa kpd Allah..
Solat Hajat, Solat istikharah usaha ku lakukan..
Mahu jawapan yg pasti..
Aku perempuan, tak sama seperti lelaki..

Masa terus berlalu..
Aku menyerahkan segalanya pd Allah..
Jika di tanya rakan-rakan: "Jodoh ini rahsia Allah", doakan Allah permudahkan urusan..

Mungkinkah hanya sahabat? 



Friday, March 8, 2013

ISTIKHARAHKU



Alhamdulillah...hari berlalu begitu pantas..4 hari masa berjalan dengan cepat..Semalam akhi menyapa ku di FB..

Akhi :  "Dah ada jawapan?"

Saya : Belum, maaf, bagi ana masa sedikit lagi..

Allah..aku dapat merasakan mereka menanti-nanti jawapanku meskipun kena menunggu berhari-hari. Aku dah berfikir panjang, insya'Allah jawapan itu sudah ada, cuma aku belum bersedia mengungkapkan dan melafazkannya.

Malam tadi ada juga aku tanya,

Saya: Sahabat akhi ada bertanya tentang ana?

Akhi : Ada juga

Aku rasa serba salah sangat buat orang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya, tapi untuk buat pilihan aku kena lebih berhati-hati lagi-lagi perkara yang melibatkan masa depan ku..

~Pilih terbaik antara yang baik~

Insya'Allah, sebentar lagi aku akan pulang ke kampus untuk exam esok, then tiba di rumah aku akan bagi tahu jawapanku..

"Ya Allah, jika Dia yang terbaik untukku, satukanlah hati kami, jika tidak, leraikanlah.."

Rasa takut pun ada tapi aku yakin dengan jawapanku ini...

Wednesday, March 6, 2013

Diakah IMAM ku?

Hari berlalu sangat pantas. Kini aku di tahun terakhir di universiti. Umur pun semakin meningkat. Semalam adalah hari yang menyedihkan kerana aku datang pejabat lambat atas sebab yang tidak dapat di elakkan.
Pulang dari pejabat hampir maghrib. Seusai solat maghrib, mengaji, aku tidur seketika..Tiba-tiba tersedar kerana kehadiran mesej seorang sahabat.

"Salam.. Ukhti sudah berpunya?."

Allah, soalan yang sangat mengejutkan aku..
Tersentap rasa. Terus je aku jawab,

 "Wa'alaikumsalam..tidak.."

Timbul persoalan di benakku..Kenapalah agaknya sahabat aku ini bertanya..Beberapa text mesej masuk dan aku reply. Nampaknya dia berterus terang tanpa kiasan. Menjadi perantara kepada sahabatnya untuk mengenali aku dengan lebih serius. Allah..macam-macam perasaan ada..

Last sekali, "bagi ana tempoh seminggu?". Tapi pesan pada sahabat akhi, jangan berharap cz takut jawapan ana tidak menepati kehendak dia".

Hari ini hari kedua aku memikirkannya. Pendapat ustaz ku dan sahabat yang aku thiqah menjadi tempat rujukan. Alhamdulillah, sikit demi sedikit aku mencari dan mengenali siapa "muslimin" itu. Nampak seorang yang soleh.

Ustaz kata, "Kalau soleh, apa salahnya mengenali dulu". Aku terdiam..

Kata Kak An, "Buat istikharah"..

Istikharahku masih berterus-terusan. Aku mengharapkan sinar yang bahagia pada masa akan datang. Aku tidak berharap pada hartanya, cukuplah "Imannya" menjadi pandanganku. Bukan juga pada rupanya..

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Sebentar tadi, bila bertanya, "kenapa akhi kenalkan ana dengan sahabat akhi?,
Akhi menjawab,: "sahabat ana ingin mencari zaujah di sini." Allah, aku bukan solehah, mungkinkah dapat yang soleh ini?.

Aku berusaha mencari dan mengharapkan petunjuk dari Allah. Moga Allah bagi yang terbaik buat kami.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jika ini jodohku, aku syukur sangat, jika tidak, pasti ada hikmah..Apa-apa pun, ISTIKHARAHKU belum berakhir..

Doakan..



Abangku di jemput ALLAH

Seusai membasuh baju dan mempersiapkan diri ke pejabat, sampai sms dari adik. Mula-mula rasa tenang tapi akhirnya menitis juga air mata ni. Aku di khabarkan dengan kematian "Abang Man".

Abg Man adalah abg tiri ku, kami sebapa tapi lain ibu. Hanya segilintir sahaja sahabat-sahabat yg mengetahui cerita adik-beradik ku. Kebanyakan mereka hanya mengetahui kami hanya 3 beradik sahaja. Aku bukan ingin menyembunyikan apa-apa tapi sebenarnya adalah untuk tidak mengungkit kisah dan sejarah lama dalam keluarga. Pape pun, mereka tetap darah dagingku.


Sangat sedih, menitik air mataku bila dapat sms. Sedihnya setelah dua hari berlalu pula tu. Allah, sangat hiba.
Sepupu ku ada menghubungi ayah tapi tidak dapat, ini mungkin kerana ayah telah menukar nombor telefonnya. Mujur sepupuku ada nombor kakak ku dan memberitahu perkara ini.

Tahun ini kami kehilangan insan yang kami sayang..Moga Allah sentiasa melindungimu..Maafkan kami tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir..



Wednesday, February 27, 2013

RINDU KALIAN

Semester terakhir sedang di lalui kami, namun rindu berputik di hati. Mengingat kembali kisah suka dan duka bersama, gelak ketawa, tangis dan hiba. Terlalu banyak dikongsi bersama. Dari semester 1 buat assigment dan tugasan bersama. Tapi kini kami berpisah seketika, membawa haluan masing-masing, menjalani praktikum di kebanyakan tempat yang berlainan.



Sesekali ingin bertanya khabar kalian, hanya doa yang mampu ku kirim untuk mengubat rindu di hati. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

"Sahabat yg sejati bukan mereka yg sentiasa di sisi tapi mereka yang sentiasa di ingati dalam setiap bisikan doanya."
>Imam Al-Ghazali<

Semoga ukhwah yang kita bina ini akan berkekalan selamanya. Terima kasih sudi menjadi sahabat fida. Maafkan segala salah silap selama kita bersama. Kalianlah sahabatku yang banyak mengingatkan diri menjadi hamba dan khalifah yang terbaik.

~HUBBU LAKUM LILLAHI TA'ALA~

Tuesday, February 26, 2013

Mungkin ini terbaik

Asalamu'alaikum sahabat-sahabat..

Lama sangat meninggalkan blog ini. Hari ni genap 3 bulan aku menyepi di sini.
Terlalu banyak yang ingin di coretkan, di kongsikan tapi hari ini aku memilih untuk berkongsi tajuk ini.
"Pilih yang terbaik".

Aku di lamar untuk menjadi saf qiyadah dalam jemaah, namun awal-awal lagi hatiku tetap dengan pendirianku.. 

Terlalu banyak masa aku bersama jemaah dan orang lain, tidak mungkin aku korbankan semua itu semata-mata untuk kepentinganku sendiri dan untuk mendapat nama di mata manusia dan tidak mungkin akan ku tinggalkan begitu sahaja.

Terlalu sayang sangat pada jemaah kerana ia benyak mentarbiyah diri. Sahabat-sahabat yang banyak bersama suka dan duka di medan DA'WAH ini.

Cukuplah bagiku pada ketika ini aku membantu tanpa apa-apa taklifan yang aku pikul. Tugasan tesisku, praktikum yang tidak selesai lagi menjadikan aku lebih selesa untuk tidak memegang apa-apa jawatan daripada aku terus menerima amanah yang aku sendiri tak mampu pada masa ini.

Ini keputusanku. Mukatamad. Mungkin mengecewakan. Banyak pendapat dari sahabat-sahabatku berkaitan perkara ini.

Namun aku yakin, setiap jawapan mereka ada sebabnya. Cumanya kondisiku sahaja yang tidak di fahami orang lain. Lalu aku berharap agar Allah memberiku pilihan yang terbaik buatku dan jemaahku.

Inya'Allah aku terus bersama kalian..

Da'wah dan Jihad..






Monday, November 26, 2012

Jalan Da'wah

Setelah lama tidak mencoretkan kata-kata dan menulis, hati sangat rindu pada ruangan blog ku ini.
Nak kongsi sikit dengan sahabat-sahabat :


Kali ini nak bercerita tentang "Jalan Da'wah".
Jalan Da'wah itu sangat berliku-liku, kenapa berliku??
Yelah, setiap perkara pasti ada cabarannya dan ujian yang terselit di sebaliknya sangat indah bagi mereka yang berfikir.

Pengalaman dalam program da'wah, aktiviti-aktiviti pengislahan, pengislaman adalah anugerah yang sangat bermakna dalam diri lagi-lagi Allah izinkan aku menerima "Anugerah Khidmat Masyarakat Fakulti" pada semester ini. Terkadang diri sendiri pun tidak sebaik mana, mahu mengajar mereka di sekelilingku untuk berakhlak mulia.

Terlalu banyak kepayahan, kesusahan, yang aku lalui bersama-sama sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan. Menitik juga air mata bila perjuangan ini menemui jalan yang sangat genting apabila aku sukar menyampaikan perkara berkaitan ISLAM sedangkan perkara ini aku sudah pelajari.

Inilah dia kepentingan "PRAKTIKAL" berbanding "TEORI".
Bila bersama masyarakat di lapangan, baru ku sedar, JALAN DA'WAH ini bukan mudah tapi perlu sangat kepada pengetahuan dan ilmu.

Inilah yang Rasulullah lakukan. Sekarang giliranku meneruskan sunnah ini. Tapi jangan risau, peganglah pada ayat Allah ini, insya'Allah akan mudah Jalan Da'wah kita..

Surah An-Nahl : 125
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."