Kelebihan Bulan Sya'ban
"Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.”
"Bulan Sya’ban merupakan bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding
dengan bulan-bulan lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada
Rasulullah: “ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain
seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia adalah bulan yang
dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan
amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku di angkat
dalam keadaan aku berpuasa"
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1.Orang yang kekal minum arak
2.Orang yang durhaka kepada ibubapa
3.Orang yang kekal dalam zina
4.Orang yang banyak berkelahi
5.Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6.Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi
(Al-hadis).
No comments:
Post a Comment