Sunday, February 20, 2011

SEKEPING HATI
















Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yg hakiki, jika "HATI" itu bersih...

"HATI"??
Ada apa dengan hati??
Hati adalah segalanya...
Hati adalah tempat menyimpan segala rahsia,
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersimpan di hati...
Allah tidak memandang manusia itu dengan paras rupa, harta, dan pangkat tapi apa yang Allah pandang adalah hati kita...
Jika baik hati kita, maka baiklah kesuluruhannya,
Tetapi, jika kotor hati itu, maka rosaklah ibadah dan amal seseorang khalifah itu.

Ini kerana....
"HATI tempat jatuhnya PANDANGAN ALLAH"...
Jika hati yang dihiasi dengan "cahaya KEIMANAN", "CINTA kepada ALLAH", "REDHA atas segala kehendakNYA" dan "KHUSYUK beribadah kepadaNYA", pasti ia akan sentisa dalam "KETENANGAN"....

Hati yang tenanag akan terpancar melalui "Zahiriah"...
Mereka yang menjaga hati dengan sentiasa istiqamah dan mempertingkatkan ibadah kepada Allah..

Bagaimana menjaga hati???
Tidak sesukar mana sahabat-sahabat...
Disini ada 10 tips untuk menjaga hati.
Antaranya :

1. Sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah.
2. Istiqamah membaca Al-Qur'an.
3. Menjaga waktu solat.
4. Sentiasa muhasabah diri setiap hari.
5. Qiamullail.
6. Mendekati yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar.
7. Mendekati mereka yang baik-baik akhlaknya.
8. Sentiasa mengingati mati.
9. Mulakan ibadah seharian kita kerana Allah.
10. Bersangka baik dengan orang lain.

Marilah sama-sama kita memperbaiki dan menjaga hati kita agar kita dikalangan mereka yang sentiasa dipandang Allah dan ibadah seharian kita juga diterimaNya sebagai bekalan dan saham ke akhirat kelak, insya'Allah.....



No comments:

Post a Comment