
“ Dan tidak sepatutnya orang-orang mu’min itu semuanya pergi (ke medan perang).Mengapa sabahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”. (at-Taubah:122)
Wednesday, December 29, 2010
TAHUN BARU 2011

Bisikan Nurani
Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini
Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Saturday, December 4, 2010
1 MUHARRAM 1432 HIJRAH




Selamat TAHUN BARU 1432 HIJRAH, 7 Disember 2010
"1 MALAYSIA, 1 UMMAH"
Segala yang berlaku pada masa lepas perlu kita sama-sama jadikan iktibar dan pengajaran untuk kita perbaiki kekurangan dan kesalahan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang untuk ummah, insya'Allah...
Akhir kalam, jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun ye...=)
Moga segala ibadat yang kita laksanakan adalah semata-mata kerana Allah dan moga ada ganjaran disisiNya...
DOA AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkatan :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Friday, December 3, 2010
JAMBORI REMAJA ISLAM 2010

Syukur kehadrat Allah dengan izinNya dapat juga ana bersama-sama sahabat KPIJ menjalankan program ini walaupun masing-masing baru bercuti dan akan menduduki peperiksaan akhi semesta...
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah... selesai sudah Jambori 10' ini dikala aku menduduki peperiksaan akhir semester 3,menunggalkan sahabat-sahabat meneruskan taklifan ini...
Disertai 67 orang peserta dan 27 komiti dan fasi...
Mungkin kali peserta tidak ramai seperti tahun-tahun sebelumini tetapi apa yang penting adalah "KUALITI" dan "HASIL" yang diperolehi oleh adik-adik yang menyertai program ini, insya'ALLAH...
Bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian Johor yang menarik bagi diri ini...

Moga-moga tarbiyah yang kami cuba sampaikan ini di terima, insya'ALLAH...











JaWaPaN RiNdU....
Aku hanya mampu berdoa menadah tangan hanya padaMU YA ALLAH...
Pergantungan harapan sepenunhya kepadaMU...
Aku yakin, hijab yang KAU pamirkan adalah untuk menjaga hati ini....
Bukan mudah untuk ku terima tetapi ku telan jua kerana ku yakin, segala yang KAU beri adalah terbaik untukku....
ALLAH tidak memberi apa yang kita hendak tetapi apa yang kita perlu kerana tidak semua apa yang kita nak adalah terbaik untuk kita dan apa yang datang dariNYA adalah terbaik untuk hambaNYA...
Aku terus menunggu dan berharap "Jawapan Rindu"...

Wednesday, November 17, 2010
^ IMTIHAN ^

Jumaat ini adalah hari terakhir dirumah.
Sebelum aku melaksanakan tanggungjawab menduduki peperiksaan akhir...
Apa yang lebih penting sekarang ini adalah program tahunan KPIJ /Jambori Remaja Islam Peringkat Kebangsaan 2010..
Walaupun rasa terkilan hanya dapat bersama-sama sahabat 2 hari sahaja, namun aku yakin mereka memahami situasi aku dan aku perlu pulang ke kampus juga... =(
Berdebar-debar rasanya nak menduduki final exam semester ini...
Diam tak diam dah semester 3, tahun 2 sesi 2010/2011....
Teringat pula mesej semalam dari sahabat...
"Kak fida, takda mood nak raya" =(
Tak tahulah mengapa, mungkin exem dah dekat agaknya, fikirku...
Sebab beberapa hari lepas ada juga sahabatku mengadu tentang exam ini...
Mana tidak, sekejap sahaja masa berlalu..
Rasanya baru semalam habis kuliah dan tutorial bagi sem ini...
Terlalu pantas masa berlalu dan mncemburui kita...
Walau apapun, ini adalah kenyataan...
Aku kena terima dan lalui peperiksaan kali ini walaupun aku tak bersedia...
Inilah salah diri yang suka "study last minute"...
Tapi, aku tetap akan berusaha dengan sedaya upaya...
USAHA + DOA + TAWAKKAL = REDHA
Aku yakin...
Bila aku berpegang pada prinsip di atas, insya'Allah...
Setiap apa yang aku perolehi, pasti terbaik untukku dari Allah...
Akhir kalam....

SALAM IMTIHAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT DI USIM,UnisZa, DAN MANA-MANA IPT YANG BERMULA PADA 22/11 - 4/12/2010..TIDAK LUPA KEPADA ADIK-ADIK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM DI STA, SMK MUNSYI SULAIMAN, SMKAS DAN SELURUH MALAYSIA...
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA, INSYA'ALLAH...
Tuesday, November 16, 2010
.:: SaLaM AiDilAdHa 1431 Hijrah ::..

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Hari Raya Aidiladha ( (عيد الأضحى atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepaskhatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Haji ini sangat sinonim dengan istilah "Korban". Apa yang kita faham sebenarnya dengan Hari Raya Korban ini??
Pengorbanan apakah yang paling besar dalam hidup kita untuk orang lain??
Moga-moga kita juga tergolong dikalangan orang yang di cintai Allah, sanggup berkorban walaupun diri terkorban. Sama-sama kita menghayatu sejarah ini.