Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Kekasih atau Sahabat??

"KAWAN, SAHABAT & TEMAN"

Mereka yang paling rapat dan dekat dengan kita di alam menuntut ilmu..
Dari zaman sekolah hingga ke universiti kita tidak lekang dengan teman-teman di sisi.
Bila buat "homework" sama-sama dengan kawan.
Buat "assigmnet" pun dengan kawan..
Kadang-kadang tugasan yang diterima secara individu, kadanag berkumpulan..
Sentiasa berkawan..

Kadang-kadang tanpa di duga sahabat itu hadir..
Kadang-kadang tidak diminta ia datang pada diri..

Semua ni kan perancangan Allah..
Setiap pertemuan pasti ada hikmahya..

Tapi, bila bersahabat, timbul rasa cinta..
"CINTA"?? bukan sayang sahabat itu pun di namakan cinta ke??
Tapi ini cinta bukan atas nama sahabat tapi kerana,
"Perasaan yang lahir sebagai seorang manusia yang memerlukan pasangan"..

Ya Allah..betul ke apa yang aku rasa ni??
_____________________________________________

Persahabatan yang terjalin dan diselami dengan rasa Cinta yang fitrah..
SAHABAT & KEKASIH..

Macam mana nak jaga hubungan ni??
Nak kata jarang mesej, memang jarang.
Nak kata call, lagi susah,
Apatah lagi berjumpa..
Pertemuan yang pernah berlaku sebelum ni pun di teman oleh emak,ibu dan sahabat..
Itupun kerana bersebab, bukan suka-suka.

Mungkin jarak yang memisahkan dan masa yang mengekang,
Akhirnya jalinan sebagai "KEKASIH" tidak bertahan lama..

Ku pujuk jua hati yang duka dan lara..
Tiada langsung perasaan benci kepada "si dia"..
Sedih memang ada kerana aku berusaha mujahadah melawan perasaan ini.
Kadan-kadang nak mesej pun takut aku jadi asbab dia berdosa..

Bila muhasabah diri balik, aku yakin ini adalah "terbaik" untuk kami.
Allah nak "menjaga hati" kami dari perasaan yang melekakan.
Masa inilah untuk sama-sama perbaiki diri.

Tapi, aku bersyukur sangat..

Allah sayang kami, sebab itu DIA bagi semua ini pada kami.
Walau bagaimanapun, ukhwah kami masih ada..
Kami tetap sahabat
Gembira dan tenang sangat hati ni.
Persahabatan tetap terjalin walaupun tiada lagi "cerita soal hati"..
Inilah masannya nak dapat "CINTA ALLAH" dengan lebih mendalam..

Alhamdulillah..

Kami sama seperti dulu..
Masih menjaga persahabatan.

Biarlah "CINTA" kepada manusia yang akan menjadi pasangan kita betul-betul hadir jika telah tiba masanya.

Tidak mengapa tiada "KEKASIH" daripada hilang "SAHABAT".

Sesungguhnya sahabat adalah kekuatan kita dalam meneruskan gerakan Islam.
Jika baik diri kita, baiklah sahabat kita..

Terima kasih Allah..=)


~Indahnya berukhwah ~
~ Bertemu kerana Allah, berpisah tidak gelisah ~