Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Perjalanan

Perjalanan aku masih panjang...Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu aku laksanakan dalam kehidupan ini. Kadang-kadang berkata di benakku..." Ya Allah, penatnya"...=(

Ada masa juga aku terasa, tiada masa nak berehat-rehat tapi aku sedar dan tahu, semua itu kerana aku mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ISLAM..

Seorang anak muda dan remaja adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Aku mulai mencintai jemaah dalam menyebarkan da'wah. Bukan mudah nak istiqamah dan berjuang di jalan ini.

Alhamdulillah semangat sahabat-sahabat untuk membawa Islam menjadikan aku juga bersemangat. Syukur juga aku mempunyai mak dan ayah yang sangat memahami diriku.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" >Al-An'am:32<

Dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya... Sesuai dengan maksud firman Allah di atas. Aku yakin, jika aku bersungguh-sungguh dalam jalan da'wah ini untuk Islam tercinta, Insya'Allah setiap kepahitan dan kepayahan aku akan di balas.

Moga Allah menerima ibadahku ini untuk bekalanku di akhirat kelak. Perkenankanlah Ya Rahman...=)