Penghulu sekalian hari
Pagi jumaat yang indah
Hari yang penuh barakah
Penuh dengan suka duka
Ya Allah..
Tiba-tiba rasa sedih menyelubungi diri
Teringatkan kenangan lalu
Yang pahit dan manis
Mujurlah dapat cover lagi depan adik
Lagi-lagi bila mak call pagi tadi
Rasa nak nangis dengar suara mak
Tapi ku tahan jua
Ya Rabb..
Mungkin ini kifarah atas dosa yang aku lakukan
Kau hadirkan kesedihan ini
Menjadikan aku mengingat kembali dosa-dosa lalu
Ya Rahman..
Mungkin ini juga "TARBIYYAH" dariMu
Menyedarkan aku atas kesilapan lalu
Mengimbau kembali kesalahan diri
Ya 'Alim..
Kadang-kadang aku terfikir sendiri
Merenung hikmah atas semua yang Engkau hadirkan
Apakah ini mejadikan aku lebih dekat padaMu??
Ya Rahim..
Aku adalah hamba yang fakir
Sentiasa mencari identiti diri
Mengenal pencipta insani
Ya Razzaq..
Terlalu banyak yang Engkau bagi padaku
Kadang-kadang tidak bersyukur atas nikmatMu
Tapi tersedar disebalik kelalaian
Ya 'Aziz..
Engkau terlalu menyayangi hambaMu
Tidak pernah sekali Engkau biarkan aku leka
Dek dunia yang mem;persona
Ya Fattah..
Engkaulah tempat aku meluah segala
Membuka pintu hati yang sering lalai
Menjahit semula sejadah iman yang terobek
Ya Muhaimin..
Engkau pimpinlah diri ini menyelusuri cintaMu
Genggamlah hati ini mengharapkan maghfirahMu
Berilah petunjuk menuju redhaMu
Aku hamba yang hina disisiMu
Ampunkan dosaku
Engkaulah segala harapanku
Agar aku dapat berpayung dalam syurgaMu
“ Dan tidak sepatutnya orang-orang mu’min itu semuanya pergi (ke medan perang).Mengapa sabahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”. (at-Taubah:122)
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Friday, May 6, 2011
Friday, April 22, 2011
Tazkiyyah An-Nafs

Hari-hari yang di lalui amat bermakna dalam hidup
Walaupun aku sentiasa bermain perasaan dengan diri sendiri
Kehidupan tidak lekang dengan "Ujian"..
Ya Allah..peritnya ujian hati ini..
Melawan nafsu diri dari melakukan perkara yang di larang Allah
Ya Rahman..pedih sangat nak lawan hati ini dari lakukan maksiat
Tengok orang buat dosa, senang je, tak fikir dosa
*******************************************
Kehidupan memang tak lepas dari dosa walaupun hanya sebesar zarah
Tapi, sebagai manusia kita boleh atasinya sendiri
Bukan susah nak dapat "Redha ALLAH"
Segalanya bergantung pada diri
Jika kita tahu tahap iman kita lemah, mudah goyang
Cepat-cepatlah wahai sahabat-sahabatku
Cepat-cepat apa?
Bersegeralah bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosa itu lagi
Masa tidak menunggu kita
Segeralah menginsafi diri atas perbuatan yang telah kita lakukan
Sama ada baik atau buruk
~Muhasabah diri~
*IMAN
*ILMU
*AMAL
*IBADAH
Sejauh mana kita menjaganya??
Sama-samalah muhasabah diri
Mujahadah itu memang susah
Menitik air mata untuk mempertahankannya
Tapi, percayalah..
Dunia yang sementara ini tidak menjanjikan apa-apa
Syurga Allah tersedia segala..

Labels:
Muhasabah
Monday, March 14, 2011
.:: Hari tidak selalu cerah ::.
Syukur atas nikmatMu Ya Rabb...
Mengizinkan aku bernafas lagi, menghabiskan sisa-sisa kehidupan di dunia yang sementara ini sebelum tinggal ke akhirat yang abadi...
Mengizinkan aku bernafas lagi, menghabiskan sisa-sisa kehidupan di dunia yang sementara ini sebelum tinggal ke akhirat yang abadi...
Aku hamba yang faqir, banyak berdosa..aku hamba yang selalu lalai dan leka dengan dunia...
Kadang-kadang tak mampu nak teruskan perjuangan hidup ini..Terlalu banyak onak dan duri perlu ku tempuhi dan hadapi..Inilah dinamakan berjuang dan perjuangan takkan selesai selagi hayat di kandung badan..
Hari-hari aku berdoa agar Allah memelihara hati dan imanku...Aku berharap sangat mencintaiMu Ya Rahman setulus hatiku...Bantulah aku Ya Rahim...
Ujian datang sikit demi sedikit..Hari ini aku gembira sebab dapat siapkan kerja-kerja yang aku nak buat siang tadi tapi berbeza pula pada malamnya...
Kusangka hari sentiasa cerah tapi mendung seketika..Menitik air mata...mungkin ini tarbiyah Allah untukku..mungkin juga untuk menyedarkan aku...
Sabarlah hati...
Allah sentiasa bersamamu...Wahai diri yang lemah disisi Rabb mu..Hatimu perlu tabah dan cekal lalui liku-liku kehidupan ini...Apa yang Allah takdirkan dalam hidupmu ada hikmah yang terlindung..
Sabarlah wahai diri..
Hatimu milik Allah..mengadulah padaNya yang mendengar sentiasa dan mengetahui segaanya..DIA saja yang mengetahui jalan penyelesaiannya..Bergantunglah padanya sentiasa...Sesungguhnya DIA Maha Pangasih & Penyayang..

Sunday, February 20, 2011
SEKEPING HATI

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yg hakiki, jika "HATI" itu bersih...
"HATI"??
Ada apa dengan hati??
Hati adalah segalanya...
Hati adalah tempat menyimpan segala rahsia,
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersimpan di hati...
Allah tidak memandang manusia itu dengan paras rupa, harta, dan pangkat tapi apa yang Allah pandang adalah hati kita...
Jika baik hati kita, maka baiklah kesuluruhannya,
Tetapi, jika kotor hati itu, maka rosaklah ibadah dan amal seseorang khalifah itu.
Ini kerana....
"HATI tempat jatuhnya PANDANGAN ALLAH"...
Jika hati yang dihiasi dengan "cahaya KEIMANAN", "CINTA kepada ALLAH", "REDHA atas segala kehendakNYA" dan "KHUSYUK beribadah kepadaNYA", pasti ia akan sentisa dalam "KETENANGAN"....
Hati yang tenanag akan terpancar melalui "Zahiriah"...
Mereka yang menjaga hati dengan sentiasa istiqamah dan mempertingkatkan ibadah kepada Allah..
Bagaimana menjaga hati???
Tidak sesukar mana sahabat-sahabat...
Disini ada 10 tips untuk menjaga hati.
Antaranya :
1. Sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah.
2. Istiqamah membaca Al-Qur'an.
3. Menjaga waktu solat.
4. Sentiasa muhasabah diri setiap hari.
5. Qiamullail.
6. Mendekati yang ma'ruf dan menjauhi yang mungkar.
7. Mendekati mereka yang baik-baik akhlaknya.
8. Sentiasa mengingati mati.
9. Mulakan ibadah seharian kita kerana Allah.
10. Bersangka baik dengan orang lain.
Marilah sama-sama kita memperbaiki dan menjaga hati kita agar kita dikalangan mereka yang sentiasa dipandang Allah dan ibadah seharian kita juga diterimaNya sebagai bekalan dan saham ke akhirat kelak, insya'Allah.....
Labels:
Muhasabah
Wednesday, January 19, 2011
Kenapa SEDIH??
"SEDIH+GEMBIRA"...
Entah kenapa hari ini aku tarasa begitu...
mugkin kerana aku dapat mesej dari seorang sahabatku yang mengatakan mengenai konflik yang berlaku antara kami dalam pimpinan...
tapi aku masih mencari-cari siapakah mereka itu??
Hari ini juga ada perjumapaan mega fakultiku..
sedih sebab tak dapat "anugerah dekan"????
musykil sebab aku tidak terlalu mengharapkan anugerah ini dalam menuntut ilmu kerana aku hanya berharap ilmu yang aku dapat aku dapat ku kongsikan dan bermanfaat bukan sahaja pada diri tapi yang penting pada "agama" dan "umat Islam" khususnya...
Masa perjumpaan mega tadi ada "Tazkirah" dari ketua programku...
amat bermakna bagiku kerana mengingatkanku kembali akan peranan doa+ilmu...
Selepas dari itu ada tayangan video...
Kisahnya secara ringkas :
"seseorang yang pandai tapi terasa jiwa kosong"...
bertanya kepada sahabatnya : aku rasa kosong sangat walaupun aku pandai...
jawab sahabatnya : ada perkara yang kau perlu tahu iaitu "MARDATILLAH"...
bila bertemu sahabatnya, baru dia tahu kenapa...
Selepas dari itu baru dia sedar bahawa selama ini dia jauh dengan Allah..
Dia mula berubah...
Antaranya, "Qiamullail"..
Itulah serba ringkas kisah dalam video tu..
Mungkin hari ini aku "tak Qiam"???...
Terasa jiwa kosong, lagi-lagi ada masalah yang mendatang...
Habis tutorial jam 7 ptg..
aku dan sahabat-sahabat bergegas mendapatkan bas untuk pulang ke kolej...
Dalam bus duduk sorang-sorang...
Tiba-tiba mengalir "air mata" dipipi...
Sekejap pula sahabat karibku menghantar mesej dan aku membalas dengan penuh gembira bercampur sedih...
Berkata aku padanya : "nak pinjam bahu"?
Jawab sahabatku : "awatnya"?
suka guna bahasa utara sejak dia belajar di Perlis...
Kataku : "nak tumpang nangis" dan mengalir air mata ni dan kataku lagi mungin kerana "lama sangat tidak muhasabah diri dengan sepenuh hati"...
Alhamdulillah aku punyai sahabat karib yang sangat memahami diriku...
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
jika aku lemah, bantulah aku dengan teduhan ma'rifah-MU..
jika aku lemah, kuatkanlah hatiku dengan tarbiyah-MU..
jika aku lemah, genggamlah hatiku agar aku sentiasa berpaut pada-MU..
jika aku lemah, jadikan aku insan yang sentiasa bersyukur atas segala kehendak-MU..
&
Jika aku lemah, tetapkanlah imanku...
hanya ENGKAU tempatku meluah segala.."
Hari ini aku belajar sesuatu atas apa yang berlaku...
"JADILAH HAMBA ALLAH YANG SESEKALI TIDAK PERNAH PUTUS BERHARAP DAN MEMINTA PADA-NYA"..
TARBIYYAH ALLAH HARI INI BERMAKNA BAGIKU...
"TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN WALAU PELBAGAI UJIAN YANG DATANG"...
"TERIMA SEGALA KETENTUAN ALLAH DENGAN HATI TERBUKA"...
"REDHA ALLAH ADALAH YANG UTAMA DALAM KEHIDUPAN"...
Apa yang aku dambakan adalah,
"MARDATILLAH"....
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Sunday, January 16, 2011
SAKIT, KIFARAH?

Alhamdulillah hari ini aku masih diberi nikmat "ISLAM & IMAN"...
Dalam meniti kehidupan ini, ada sahaja "UJIAN" yg datang penimpa...
Sudah beberapa hari aku "SELSEMA"...
Terasa sempit hidung pun ada dan kadang-kadang pening menyerang kepala...
Ada juga rasa letih dan malas nak buat kerja..
Tapi aku bersyukur...teringat kata sahabatku "Sakit penghapus Dosa"...
Ada yang bertanya khabar keadaan diri dan mengucapkan "SYAFAKILLAH"...
Alhamdulillah ada sahabat-sahabat yg mendoakan...
Aku terima kehendak-NYA..
Bagiku, sakit adalah "TARBIYYAH" buat diri ini...
Bila sakit, baru rasa nikmat hidup "DITARIK" sedikit...
Terima kasih ALLAH...Memilihku untuk "MUHASABAH DIRI"...
"MENGUKUR TAHAP KEIMANAN" dengan sedikit kesakitan yang Engkau beri...
"SAKIT" mungkin biasa yang kita dengar tapi tidak biasa bagi diriku sebab aku seorang yang susah diserang penyakit seperti "Selsema, Demam, Batuk dan penyakit-penyakit biasa"...
Apa-apapun, aku yakin, ini adalah salah satu "KASIH SAYANG ALLAH" pada diri ini untuk menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur kepada-NYA...
Labels:
Muhasabah
Monday, October 11, 2010
Hikmah Disebalik Ujian

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Al-Baqarah:286)
Jangan sesekali mempertikaikan setiap apa yang Allah tentukan untuk kita...
Jika kita hamba yang soleh solehah...kita pasti punyai sikap "husnu zhan" dengan Allah dan "sabar" dengan setiap ketentuanNYA...
Pasti sagalanya ada hikmah...
Berdoalah padaNYA...
"DOA" adalah senjata orang beriman...
Moga-moga ALLAH mendengar doa dan rintihan kita...
Sebagai ingatan bersama untuk diri dan sahabat-sahabat semua...
Labels:
Muhasabah
~ SeDiH ~

Hari ini tiba-tiba rasa sedih sangat...Dalam kelas aku rasa takda mood..kenapa agaknya??mungkin assingment tak siap lagi...kata hatiku..aku terasa nak menangis puas-puas... mungkin sebab kadang-kadang aku lupa bahawa Allah sentiasa bersamaku...mungkin dengan kesedihan ini menjadikan aku lebih dekat denganNYA...
Ya Allah..peliharalah hatiku ini agar sentiasa mengingatiMU...Jauhkanlah aku dari kesedihan ini...
Jika ini yang Kau tentukan untuk aku,aku redha kerana aku yakin...setiap kesedihan, ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya..
Aku bersyukur kerana Kau memilih aku untuk di uji..aku yakin Ya Rahman...ini juga tanda kasih sayang Engkau pada aku...'La Tahzan"...Allah sentiasa bersamamu..Pintalah pada Dia...Hanya Dia pendengar setia kita...Terima kasih Ya Rahim...
Labels:
Muhasabah
Subscribe to:
Posts (Atom)