CINTA ini fitrah
dalam kehidupan. Cinta ini sangat subjektif, sukar untuk di halang, hanya diri
yang kena pandai menjaga benteng syariat. Jika diri mudah tersasar dan goyah
dengan cubaan cinta yg melekakan, sangat bahaya dan merosakkan. Na’uzubillah.
Kerana itu, di
situlah nilainya ilmu yg kita pelajari selama ini. Ilmu agama dari tadika,
sekolah agama serta di universiti untuk kita aplikasikan dalam kehidupan. Jika
kita pelajari sahaja tanpa kita amalkan, mana buktinya apa yg kita belajar dan
cakap “jangan buat itu, jangan buat ini, ini dosa, salah”??? Jadi, sama-samalah
kita amalkan ilmu yang kita pelajari dan seterusnya menjadi contoh terbaik
kepada orang lain.
Jangan
berbangga memiliki kekasih hati, jangan berbangga mempunyai kekasih yang
cantik, hensem, kaya, berharta, tapi bersedihlah kerana kita orang yang rugi.
Rugi kerana berbangga bukan pada tempat dan hak yang bukan milik kita. Kenapa
kita perlu menunjuk-nunjuk dan bercerita pada orang lain sedangkan perkara itu
boleh melekakan.
Walau bagaimanapun, berusahalah menjaga hubungan itu dengan batas syari’at agar Allah izinkan kearah hubungan yang halal dan dikehendaki syari’at Islam. Jangan sesekali rasa menyesal dengan apa yang Alllah bagi tapi perlulah muhasah diri jika “Cinta itu datang bukan pada masa yang kita rasa sesuai”. Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi dan banyak hikmah.
Haruslah bersyukur jika kita memiliki pasangan yang baik, menjaga agama tapi harus beringat, semua itu pinjaman Allah. Sentiasa dekatkan diri pada Allah agar apa yang kita impikan akan tercapai untuk memiliki redha Allah.
Boleh nak ber”CINTA” dengan manusia yg bukan sejantina tapi ada syarat-syarat yg perlu kita lalui untuk melepasi garisan ini :
1- Jaga hubungan
dgn Allah
ü Sejauh mana kita menjaga solat?ü Solat awal waktu? Lengah-lengah? Hujung waktu?
ü Menjaga ibadah seharian kita dengan DIA?
ü Istiqamah dalam melakukan ibadah?? Hanya meminta pada masa-masa tertentu?
ü Jaga aurat?
2-Jaga hubungan
dengan manusia
ü Adakah kita betul-betul menjaga amanah?ü Menjaga aib sahabat kita?
ü Menjaga silaturrahim dengan baik?
ü Membantu sahabat apabila memerlukan?
Banyak lagi
yang boleh disenaraikan, cukuplah yg asas menjadi renungan kita bersama.
Jika kita rasa kita mampu menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia, insya’Allah, kita boleh bercinta dengan mereka yg bukan sejantina dengan kita. Setiap manusia impikan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan dan segala yang baik itu, bermula dari diri kita sendiri. Sama-sama kita berusaha menjadi yang terbaik. Moga Allah membantu kita dalam membaiki diri yang banyak sangat dosa dan khilaf.
~SeLaMat BerMuJAhAdAh!!!~
Ingatan untuk
diri yg sedang berusaha bermujahadah..