Monday, March 21, 2011

Usah ditunggu..

Alhmadulillah..berpeluang lagi diri ini untuk menerima ilmu dariNya walaupun hanya sedikit..
Ilmu yang bertambah dan berkurang adalah seperti Iman dalam diri seorang insan..

Satu perkara yang paling terkesan sepanjang kuliah adalah...

"Bila terdetik untuk membuat kebaikan, jangan lengah-lengahkan"...

Ya...Betul apa Ustaz cakap..
Peluang takkan datang banyak kali..seperti "MASA"..
Masa yang berlalu takkan datang kembali..jika masa yang kita lalui dengan kesedihan, kita akan merasakan ia adalah kenangan pahit dalam hidup, tapi jika kita lalui hari-hari yang ada dengan penuh kegembiraan, kita akan ingat sampai bila-bila dan kenangan manis itu mungkin takkan kita lupakan..


Ingatan bersama untuk diri dan sahabat-sahabat..
Jika kita ingin menjadi seseorang yang di sayangi dan dicintai Allah, kita kena ingat...


"Hidup ini hanya sementara, akhirat selamanya"..

Kebaikan bukan hanya dengan zahiriah seperti perbuatan dan percakapan, tetapi juga secara batiniah iaitu dengan doa..

Jadi, lakukanlah amal yang makruf dan cegahlah yang mungkar agar kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah, insya'Allah...

Thursday, March 17, 2011

Perjalanan

Perjalanan aku masih panjang...Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu aku laksanakan dalam kehidupan ini. Kadang-kadang berkata di benakku..." Ya Allah, penatnya"...=(

Ada masa juga aku terasa, tiada masa nak berehat-rehat tapi aku sedar dan tahu, semua itu kerana aku mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ISLAM..

Seorang anak muda dan remaja adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Aku mulai mencintai jemaah dalam menyebarkan da'wah. Bukan mudah nak istiqamah dan berjuang di jalan ini.

Alhamdulillah semangat sahabat-sahabat untuk membawa Islam menjadikan aku juga bersemangat. Syukur juga aku mempunyai mak dan ayah yang sangat memahami diriku.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" >Al-An'am:32<

Dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya... Sesuai dengan maksud firman Allah di atas. Aku yakin, jika aku bersungguh-sungguh dalam jalan da'wah ini untuk Islam tercinta, Insya'Allah setiap kepahitan dan kepayahan aku akan di balas.

Moga Allah menerima ibadahku ini untuk bekalanku di akhirat kelak. Perkenankanlah Ya Rahman...=)

.:: Rindu yang berbalas ::.


Assalamu'alaikum...

Hati berbisik dan berkata-kata..
Mulut tak mampu berkata..
Tangan meluak segala...

Alhamdulillah rindu terbalas kepada ayah dan bonda,
Namun bukan semuanya terbalas..
Disebaliknya ada sesuatu yang pahit,
Namun kehendak Allah tiada siapa yang dapat melawan.

*******************************************************************
Segala yang pahit, pasti ada manisnya.
Walaupun kali ini apa yang di harapkan tercapai dan dikabulkan oleh Allah,
Tapi ujian yang datang tetap menguji hati kecil ini.

Firman Allah :
"Dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu"
(Al-Baqarah : 216)

**************************************************************************
Apa jua yang Allah bagi pada kita pasti ada hikmahnya.
Bersyukurlah atas sesuatu yang berlaku pada diri,
Tidak kira baik atau buruk kerana itu adalah tanda sayang Allah pada kita,.

Monday, March 14, 2011

.:: Hari tidak selalu cerah ::.

Syukur atas nikmatMu Ya Rabb...
Mengizinkan aku bernafas lagi, menghabiskan sisa-sisa kehidupan di dunia yang sementara ini sebelum tinggal ke akhirat yang abadi...

Aku hamba yang faqir, banyak berdosa..aku hamba yang selalu lalai dan leka dengan dunia...
Kadang-kadang tak mampu nak teruskan perjuangan hidup ini..Terlalu banyak onak dan duri perlu ku tempuhi dan hadapi..Inilah dinamakan berjuang dan perjuangan takkan selesai selagi hayat di kandung badan..

Hari-hari aku berdoa agar Allah memelihara hati dan imanku...Aku berharap sangat mencintaiMu Ya Rahman setulus hatiku...Bantulah aku Ya Rahim...

Ujian datang sikit demi sedikit..Hari ini aku gembira sebab dapat siapkan kerja-kerja yang aku nak buat siang tadi tapi berbeza pula pada malamnya...

Kusangka hari sentiasa cerah tapi mendung seketika..Menitik air mata...mungkin ini tarbiyah Allah untukku..mungkin juga untuk menyedarkan aku...

Sabarlah hati...
Allah sentiasa bersamamu...Wahai diri yang lemah disisi Rabb mu..Hatimu perlu tabah dan cekal lalui liku-liku kehidupan ini...Apa yang Allah takdirkan dalam hidupmu ada hikmah yang terlindung..

Sabarlah wahai diri..
Hatimu milik Allah..mengadulah padaNya yang mendengar sentiasa dan mengetahui segaanya..DIA saja yang mengetahui jalan penyelesaiannya..Bergantunglah padanya sentiasa...Sesungguhnya DIA Maha Pangasih & Penyayang..

Sunday, March 6, 2011

Air mata mengalir lagi??

Assalamu'alaikum..

Pagi ahad, mengira-ngira masa untuk pulang ke kampus. Seusai solat subuh, teringat pada arwah atuk dan nenek, cikgu siti yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Insan yang terlalu berjasa pada diri ini. Tidak sempat membalas jasa kalian yg telah mendidik diri ini sejak kecil lagi. Hanya doa ku panjatkan agar Allah menempatkan kalian di kalangan mereka yang beriman. Moga kalian bahagia disana.. (Al-Fatihah)


Air mata mengalir,

Setiap kali aku sedih, mesti teringatkan mereka. Banyak sangat dosa aku selama ini. Air mata yang mengalir ini tiada siapa tahu tatkala hati terlalu sedih dan memendam rasa. Tidak mudah untukku ceritakan apa yg terpendam dihati ini. Hanya tangan yg mampu manulis, mencoret apa yg tersimpan di lubuk hati.

Air mata kekuatan,

Aku perlukan kekuatan. Alhamdulillah dapat sedikit ketenangan melihat wajah mak dan ayah walaupun hanya beberapa hari. Tapi aku bukan seorang yang suka bercerita segalanya pada mak atau ayahku, begitu juga kepada kakak dan adikku. Dengan sahabat-sahabat?? tidak semudah itu juga. Adalah juga berkongsi suka dan duka tapi aku maish memilih untuk menyimpan rasa. Aku lebih suka memendam, biarlah kesedihan dan keperitan ini aku saja yang rasa. Allah kan ada bersama aku.

Air mata muhasabah,

Air mata ini mengalir dek terkenangkan dosa. Apakah aku akan berpeluang menikmati syurgaMu Ya Rabb. Izinkanlah aku terus berada di jalan da'wahMu. Kadang-kadang sukar untuk kuatkan hati melangkah gagah dan terus berjalan tetapi aku kuatkan juga hati ini untuk terus berada di jalan ini. Kekuatan akan tiba wahai diri yang sedih. Moga jalan da'wah ini menjadikan aku hamba yang lebih dekat padaMu Ya Rahim.

Air mata mujahadah,

Bermujahadah melawan hati dan perasaan ini tatkala rindu melanda diri. Adakah orang yang aku sayang dan rindu turut merinduiku?? Persoalan yang tidak boleh ku jawab. Bilakah ia akan berbalas?? Hanya Allah saja yang tahu. Aku tak mampu nak luahkan tapi, cukuplah mendoakan agar Allah memelihara iman dihatinya dan melindunginya,insya'Allah. "Ya Allah, rindukanlah aku pada orang yang merinduiMu agar bertambah cintaku kepadaMu".
.
Aku bersyukur Ya Rahman. Hati ini terusik dikala Engkau mengizinkan aku lagi untukku merenung kembali diri yang terlalu banyak sangat dosa dan salah. Aku berusaha menjadi hambaMu yang solehah. Bantulah aku Ya Rabb..Hanya Engkau tempatku mengadu dan meluah segala..