Saturday, May 21, 2011

Perjalanan pulang ke kampung dengan hati yang gembira
Teruja ingin menemui bonda dan ayahanda tercinta
Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah..

Ya Allah...
setiba dirumah, pilunya hati ini apabila melihat sesuatu yang aku tidak sangkakan di "facebook" sahabat aku..
Sedihnya..
Air mata menitik..

Mak ayah dah gi kerja..

* Terima mesej adik

Sorang-sorang je ni
takda orang pn kt bilik
sunyi..

Jawabku :
~SUNYI~?

Aku lagi dik, sorang-sorang je
air mata mengiringi
Entah kenapa sedih sangat hari ini
teringatkan dosa-dosa yang terlalu banyak aku lakukan


Segala yang aku pendam dan simpan, akhirnya terluah jua..

Ya Rahman..aku sangat perlukanMu, sahabat-sahabat..
Berikan aku kekuatan Ya Allah..
Moga sahabatku sedar atas apa yang di lakukan mengaibkan diri sendiri & tidak manis di pandang orang..

(moga diriMu sentiasa dalam perlindungan rahmat Allah)

Friday, May 6, 2011

Muhasabah Jumaat

Penghulu sekalian hari
Pagi jumaat yang indah
Hari yang penuh barakah
Penuh dengan suka duka

Ya Allah..
Tiba-tiba rasa sedih menyelubungi diri
Teringatkan kenangan lalu
Yang pahit dan manis

Mujurlah dapat cover lagi depan adik
Lagi-lagi bila mak call pagi tadi
Rasa nak nangis dengar suara mak
Tapi ku tahan jua

Ya Rabb..
Mungkin ini kifarah atas dosa yang aku lakukan
Kau hadirkan kesedihan ini
Menjadikan aku mengingat kembali dosa-dosa lalu

Ya Rahman..
Mungkin ini juga "TARBIYYAH" dariMu
Menyedarkan aku atas kesilapan lalu
Mengimbau kembali kesalahan diri

Ya 'Alim..
Kadang-kadang aku terfikir sendiri
Merenung hikmah atas semua yang Engkau hadirkan
Apakah ini mejadikan aku lebih dekat padaMu??

Ya Rahim..
Aku adalah hamba yang fakir
Sentiasa mencari identiti diri
Mengenal pencipta insani

Ya Razzaq..
Terlalu banyak yang Engkau bagi padaku
Kadang-kadang tidak bersyukur atas nikmatMu
Tapi tersedar disebalik kelalaian

Ya 'Aziz..
Engkau terlalu menyayangi hambaMu
Tidak pernah sekali Engkau biarkan aku leka
Dek dunia yang mem;persona

Ya Fattah..
Engkaulah tempat aku meluah segala
Membuka pintu hati yang sering lalai
Menjahit semula sejadah iman yang terobek

Ya Muhaimin..
Engkau pimpinlah diri ini menyelusuri cintaMu
Genggamlah hati ini mengharapkan maghfirahMu
Berilah petunjuk menuju redhaMu

Aku hamba yang hina disisiMu
Ampunkan dosaku
Engkaulah segala harapanku
Agar aku dapat berpayung dalam syurgaMu

Thursday, May 5, 2011

> KeMaTiAn < Episod : 2













Alhamdulillah, syukur kepada Allah
Hari ini dapat lagi peluang untuk beribadah kepada Allah.
Menikmati segala anugerah yang di beri
Berpeluang bersama keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang mereka aku sayangi

Setiap hari yang dilalui bukan sentiasa indah
Begitu juga dengan awan, kadang-kadang cerah, kadang mendung

Kehidupan pula, kita tidak selamanya hidup
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Itulah kematian akhirnya yang kita tuju.

******************************************************

2 minggu selepas pulang ke kampung :

14/4- Khamis pagi untuk ke kampus, kakak call bagi tahu berita kematian nenek saudara yang kami ziarah awal bulan lepas. Tak dapat pulang ke kampung tapi aku bersyukur Allah mengizinkan kami bertemu sebelum mengambilnya.

28/4- Khamis pagi juga, bersiap-siap untuk exam, sahabatku menelefon. Terasa di hati ada berita yang menyedihkan akan ku perolehi. Guruku yang aku ziarahi juga masa awal bulan April haritu turut menyambut seruan Ilahi. Ya Rabb..Engkau lebih menyayangi mereka yang aku sayang.

14/4 - Nenek saudara meninggal
28/4 - Guruku pulang kerahmatullah

Merenung jauh ibadah dalam diri
Banyaknya kekhilafan yang aku lakukan selama ini
Teringat dosa pada mereka yang telah tinggalkan aku buat selamanya
Adakah dosa-dosa itu terampun??

Sekarang ini aku masih menikmati kehidupan yang penuh indah
Aku sentiasa berharap agar dosa-dosa yang aku lakukan pada mereka yang masih hidup ini terampun, lebih-lebih lagi padaMu Ya Rahman.
Izinkan aku bersamaMu sentiasa dikala aku susah dan senang

Marilah sahabat-sahabat semua
Kita muhasabah diri
Merenung ibadah yang kita lakukan selama ini