Friday, December 30, 2011

~ Rindu Mak Ayah ~ Hargailah~


Beberapa jam lagi aku akn pulang ke kampung bersama sahabat..
Tiket jam 4.30 petang ni.. (Seremban-Batu pahat)
Tak sabar-sabar rasanya..Lama tak bertemu mak ayah..

Apabila ada orang yang kita sayangi meninggalkan kita buat selama-lamanya, kita mestilah lebih menghargai orang di sekeliling kita terutama mak ayah, sahabat handai dan mereka yang kita sayangi..

Kita beruntung kerana ada lagi yang masih bersama kita tika ini dan kali ini..
Esok-esok belum tentu kita berteman..
Siapa tahu kita akan bersendirian??
Singgah di dunia baru, meninggalkan dunia yang fana'...

Moga hari-hari yang kita lalui akan sentiasa dihargai..
Jangan sia-siakan peluang yang ada dan masa yang berharga..
Sayangilah kesempatan yang Allah bagi menuju redha Ilahi...

Thursday, December 29, 2011

Sampai JANJI mu..


Melewati hari-hari "cuti study week" di asrama..

24 Disember 2011

Allah datangkan berita yg amat menyedihkan..
Hari Sabtu lebih kurang jam 1 tengah hari..dapat berita Nadiah kemalangan..
Ya Rabb, terkejut sangat..
Bergegas petang lepas asar terus ke hospital..
Nampaknya keadaan Nadiah serius, "Pendarahan dalam otak"..
Masya' Allah..sungguh kuat hentakan dikepalanya..

25 Disember 2011 (Ahad)
Tiada perubahan dan ubat tidur dihentikan..

26 Disember 2011 (Isnin)
DR bagi ubat tidur semula kerana tekanan darah rendah..

27 Disember 2011 (Selasa)
Dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Nadiah sedang "Tenat"...
Bergegas kami, sahabat-sahabat dan pensyarah-pensyarah ke hospital..
Dari pagi hingga ke petang kemi menunggu..

28 Disember 2011 (Rabu)
Lebih kurang jam 11.30 pg, call mak Nadiah..
DR takda cakap apa-apa..

Dalam jam 5.30 ptg..
Dapat panggilan..sahabat cakap Nadiah "tenat"..
Tak puas hati call mak Nadiah.."Nadiah tenat" (dlm tangisan dan tak tahu siapa yg cakap)
Kejap pula dapat call semula "Nadiah dah meninggal"..

Ya Allah..
Hebat sunggug ujian-MU terhadap keluarganya dan kami..
Sesungguhnya kami sangat kerdil..
Menerima ketentuanMu dengan penuh sabar dan redha..

Kenangan bersama dengan arwah masa Da'wah Tatbiqi .:
Tidur sebelah arwah, tolong masa arwah kurang sihat dan paling tak lupa, :
Arwah balik dari KFC, kami tengah makan, antaranya "Rangka ayam"...
"Bestnnya makan kat Atok (KFC), tengok kiteorang, makan rangka ayam je.."-Usik saya dan sahabat-sahabat..
Itulah senyum tawa dan gelak ketawa arwah pada kami malam jumaat sebelum arwah kemalangan esoknya..

Moga Allah tempatkn mu dikalangan mereka yang beriman dan solehah dik..
Kami tiada apa, hanya doa yang mampu kami panjatkan..
~Moga tenang dikau disana~

~AL-FATIHAH~


















Saturday, December 17, 2011

ukhwah..


"Solat itu berat utk dilaksanakan, tetapi berat lagi solat berjemaah..
Lagilah berat menyusun saf dalam solat jemaah..
Begitulah berjuang itu susah, tetapi susah lagi berjuang secara berjemaah..
Lagilah susah menjadi tentera yang tersusun, taat dan patuh kpd jemaah..
Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali orang yang dimudahkan oleh Allah dgn kurnia khusyu' dan insaf."
 -Ustaz Nik Abduh-

Alhamdulillah..
Sem 5 ni makin rapat dgn sahabat-sahabat walaupun hakikatnya Allah sahaja yg tahu dlm hati ini lagi-lagi sekarang jadi NYDP batch course, 3rd year of Da'wah student..
Terlalu banyak yg aku belajar dr awal sem 5 ni apabila berprogram bersama..
Tahun 1 & 2 aku tidak merasai sangat keakraban ukhwah mungkin kerana semasa tahun 1 & 2 kami tidak sama kolej dan sibuk dengan komitmen sendiri..

Semoga, Allah membantu aku manjadi sahabat yang terbaik dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya..

~TARBIYYAH yang SANGAT BERMAKNA~

 Sayang ^-^ kalian