Mengenang kembali kenangan bersama mereka di perkampungan Orang Asli Langkap Dangi, Jempol Negeri Sembilan dan Kg. Meranti, Pekan, Pahang.
Sungguh indah bumi Allah ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan bangsa.
Maksud firman Allah swt :
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Al-Hujurat : 13)
Inilah hikmahnya Allah menciptakan manusia.
Syukur kpd Allah diri yg dhaif ini berpeluang berprogram bersama masyarakat orang Asli utk mengenali dan memahami keadaan mereka secara tidak langsung berda'wah kepada mereka.
Kedua-dua program yg berlangsung selama 6 hari 5 malam ini memberi kesan yg sangat besar kepada aku dan sahabat-sahabat semua.
Ukhwah yg terjalin menjadikan kami lebih mesra dan lebih mudah berkongsi antara satu sama lain, bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar USIM dan keluarga angkat masing-masing tetapi juga di kalangan pelajar dan pelajar, antara senior dan junior. :)
Kg Langkap Dangi, Jempol, Negeri Sembilan :
Perjalanan da'wah di kampung orang asli .
> UKHWAH
Kami disambut dengan cara tradisional. Kena makan daun sirih dan gambir.
Pedas rasanya tapi simpan dalam mulut dan buat-buat makan untuk menjaga hati.
Allah, teruji juga hati ini lagi-lagi untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat mereka.
Tak mengapa, ini baru permulaan.
> MESRA
Penduduk yang sangat peramah dan mudah mesra.Alhamdulillah, mereka sangat menerima kedatangan kami dan penduduk yang sangat ramah juga walau baru mengenali .
> RAPAT
Ziarah adalah perkara yang sangat penting bagi kami untuk lebih rapat dengan keluarga angkat.Makan bersama & bercerita.
Best sangat.
Kg Meranti, Pekan, Pahang
.> ILMU
Sangat gembira bila tengok anak-anak penduduk kampung yang bersama-sama kami dalam modul yang disediakan. Mereka sangat pandai dan cerdik-cerdik. Kasihan apabila ada keluarga yang tidak pentingkan pendidikan.Pendekatan kami bertanya tentang minat dan kesukaan serta apa yang mereka dapat dan pelajari di sekolah. Respon yang sangat bagus dari anak-anak ini. Ada potensi menjadi anak-anak yang sengat dan lebih berjaya dari masyarakat yang tinggal di bandar.
> KEBERSAMAAN
Ibu bapa turut bersama-sama anak-anak angkat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang di jalankan. Mak dan ayah angkat yang turut memberi sokongan dan bersama-sama dalam melakukan aktiviti. Sporting juga mereka dalam beriadah, makan bersama-sama dan menerima tetamu kerumah dengan hati yang terbuka.
> RENDAH DIRI
Sikap rendah diri orang asli kaum Jakun yang sangat menebal dalam diri mereka. Tapi bukan bermakna mereka mundur. Mereka maju dari segi telekomunikasi tapi mereka tidak menjunjuk-nunjuk dan inilah sikap yang paling baik yang perlu ada dalam diri individu sebagai seorang Daíe.
Dari hati :
Terlalu banyak yang ingin di coretkan tapi inilah serba sedikit yang ana ingin kongsikan bersama sahabat-sahabat. Pengalaman yang sangat berharga yang tidak semua orang dapat laluinya. Kenangan terindah yang Allah izinkan ini memberi seribu makna dalam medan Da'wah ini.
Paling indah apabila terdapat 3 orang yang masuk Islam.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Wajah-wajah yang suci, baru memeluk Islam.
Pak Cik Abdullah Hakimi bin Abdullah,dan Mak Cik Amatullah binti Abdullah.
Pak Cik Muhammad Deen
Penerimaan mereka kepada kami yang Islam ini sangat positif walaupun mereka tidak Islam.
Sama-sama menjaga ukhwah yang telah terjalin. Moga mereka mendapat sinar Hidayah, insya'Allah..





