
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita...
Tetapi jika kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai...
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga...
Ya Allah....
Andainya dia adalah jodoh yang telah di tetapkan
oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah ke dalam hatiku...
Cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya...
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu...
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan padaku...
”Pemilik Cintaku”
No comments:
Post a Comment