Rindu itu adalah anugerah dari Allah,
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu...
Rindu pada kedamaian, Rindu pada ketenangan, Rindukan kesejahteraaan, Dan juga kebahagiaan...
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu...
Rindu pada kedamaian, Rindu pada ketenangan, Rindukan kesejahteraaan, Dan juga kebahagiaan...
(Bait-bait lirik Nasyid : Hijjaz)
Aku rindukan kekasih Allah...
Aku rindukan mak ayah di kampung..
Kadang-kadang dikala rindu itu hadir, boleh juga menitik air mata ini kerna dek tidak dapat menahan hati yang sebak, tapi apa akan daya... Rindu hanya dapat di ungkapkan tapi sekar untuk di buktikan dan di gambarkan...
Aku rindukan kekasih Allah...
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..Terlalu banyak pengorbanan Baginda untuk kami demi mempertahan dan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini..Lastas itu, kugagahkan jua diri ini untuk menjadi hamba dan khalifah yang meneruskan perjuangan Rasululllah s.a.w walaupun aku tahu, aku tidak sehebat Baginda...Apapun, aku berusaha untuk melakukan da'wah semampuku, insya'Allah...
Aku rindukan mak ayah di kampung..
Hampir setiap hari mak menghubungiku..Petang tadi baru aku tahu ayah tidak sihat, tetapi tetap kerja walaupun belum sembuh sepenuhnya dari demam.. Jika dekat rumah dengan kampus, akan terus ku pulang kekampung, tapi aku ada tanggungjawab disini.. Jika aku berpeluang menemui mereka lagi, ingin ku peluk erat mak dan ayah... Hanya doa sahaja yang ku kirim setiap hari sebagai tanda kasih sayang ku pada mereka...Moga kalian sentisa dalam lindungan rahmat Allah..
Rindu pada sahabat-sahabat, adik-adik, ustaz dan ustazah...Lama tidak berziarah kesana..Mungkin banyak perubahan yang wujud disana..Disinilan pentarbiyahan diri aku meningkat..Teringat kenangan study bersama adik-adik.. Suka duka dengan sahabat-sahabat.. Duduk asrama seperti keluarga, macam adik baradik..Makan bersama, gelak ketawa bersama..Semua ti tinggal kenanga..Walaupun hanya 1 tahun 6 bulan sahaja bersama, SMKAS
sentiasa dihati...
sentiasa dihati...

Aku turut rindukan atuk dan nenek
Banyak sangat jasa mereka pada diri...Didikan dri kecil hingga aku tingkatan 3, tidak dapat ku lupakan.. Atuk dan nenek umpama ayah dan mak kedua aku.. Didikan yang terlalu tegas dari arwah atuk, memberi kesan kepada kami adik-beradik.. Setelah meningkat dewasa, baru ku sedar, hikmah disebalik ketegasan itu... Alhamdulillah, pentarbiyahan yang aku dapat dari kecil, menjadikan aku seseorang yang menjaga syariahNya..Kini mereka telah pergi meninggalkanku...
Nenek yang telah menemui khalik 10 tahun lalu dan atuk yang turut pergi buat selama-lamanya 7 tahun lalu..Semoga Allah menempatkan kalian di tempat orang-orang yang beriman dan mereka yang soleh dan solehah...Doa sahaja yang mampu ku kirim untuk kalian di sana..(Al-Fatihah)...

Seterusnya,
Aku rindukan sahabat-sahabat dalam jemaah...
Baru-baru ni, aku tidak datang Tamrin.. Maafkan aku sahabat-sahabat kerana tidak bersama kalian.. Ada kekangan yang hadir.. Tidak mampu untuk aku jelaskan, hanya Allah sahaja yang tahu.. Rindu untuk berkongsi cerita da'wah dengan kalian.. Kekuatan hadir, ketenangan terpancar dikala bersama kalian.. Syukur Allah temukan aku dengan kalian di jalan da'wah ini.. Moga kita sama-sama menjadi syabab Islam yang terus berada dijalan Da'wah ini..

Aku juga rindukan poksu sekeluarga..
Lama tidak berjumpa.. Kekangan aku sebagai pelajar yang jarang pulang kekampung dan juga jarak tempat.. Masa kecil-kecil, aku selalu ikut poksu jalan-jalan... Bila dah besar, semua tu tinggal kenangan.. Kan bagus jika ia berulang kembali...Moga doa rabitah akan manguatkan lagi silaturrahim kami..

Akhir sekali,
Aku rindukan seorang mujahid
Mujahid yang hatinya sentiasa rindu kepada Allah.. Kenapa mujahid? bukan mujahidah? Sebab, aku inginkan dan impikan imam yang akan mambimbingku dalam hidupku... Bukan aku sahaja, tapi anak-anakku kelak, insya'Allah.. Bila masanya akan aku kukecapi, hanya Allah sahaja yang tahu.. Perkenankanlah Ya Allah...

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..
Engkaulah tempatku mangadu segalanya..
Jadikan rindu ini agar aku lebih dekat padaMu, amin...
No comments:
Post a Comment