Sunday, April 17, 2011

.: KEMATIAN :.

Alhamdulilllah aku di beri peluang dan ruang lagi untuk beribadah kepadaNYA..
Syukur sangat kerana diberi kesempatan ini..

8/4 - 16/4/ 2011

8/4 : Perjalanan pulang ke kampung.
Kemalangan yg aku saksikan petang tadi adalah anak Ustazah.
Mudanya adik tu, 17 thn telah di panggil Allah untuk menghadapNya.
Malam selepas makan, kami sekeluarga ke Hospital, ziarah arwah di bilik forensik.
Kelihatan tenang diwajah seorang ibu dan tersenyum redha dengan ketentuan Ilahi.
Memahami tanggungjawab yang sementara dan kepercayaan pada Qada' dan Qadar Allah.

9/4 : Berita kematian lagi..
Sebelum ke hospital untuk ziarah nenek saudara, Mak cik dan Guruku, dapat berita kematian saudara sahabatku..
Ya Rahman..dapat berita yang menyedihkan lagi.



Tiba di hospital..

Ziarah :

1- Nenek saudara (kanser hati)
Suasana yang suram dan sedih aku rasakan..
Sebak juga dan Alhamdulillah aku masih boleh kawal perasaan..
Keluar juga air mata..=(

2- Guru (Kanser ovari)
Menuju ke wad 6 dari wad 5 untuk ziarah makcik tapi kelihatan guruku yang ku lihat..
Ya Allah, Engkau memang Maha Mengetahui hati ini..
Niat untuk menziarahi guru selepas tahu dia sakit dikabulkan Allah..
Gembira rasa kerana Pn Zaiton masih kenal aku walaupun sudah 6 tahun berlalu dari form 3...
"Saya ingat awak lagi"..kata guruku..=)

3- Mak cik (fabroid)
Alhamdulillah..
Petang sabtu, kami sekeluarga datang, mak ngah berkemas-kemas nak balik..
Ceria je nampak seperti hari-hari biasa..

*****************************************************
14/4 : Kakak call.
Nenek saudara yang aku ziarah sabtu lepas telah pulang kerahmatullah..
Alhamdulillah dapat jumpa..
Tak sangka ciuman dan salaman itu adalah yang terakhir dariku..
Sedih sangat sebab tak dapat pulang lagi-lagi bila tahu kakak pulang kekampung tanpa mangajakku bersama..
Menangis juga dalam kelas setelah ketahui bila call kakak mak yang angkat..:-(
Tak pelah, pujuk jua hati..
Yang pergi tetap pergi dan doa di iring bersama..

16/4 : Mesej dari sahabat.
Ayah mertua Ustaz (murabbi) meninggal.
Ya Allah..Engakau nak beri sesuatu pada aku.
Merenung hikmah atas apa yang berlaku.


************************************************
* KEMATIAN*
8/4 : Anak Ustazah (17 thn, Kemalangan)
9/4 : Saudara sahabat
14/4: Nenek saudara (Kanser Hati)
16/4 : Ayah mertua Ustaz

Dalam bulan ini dan jarak yang dekat, 4 berita kematian mereka yang berdekatan dengan ku..

Merenung diri sendiri dan ibadah yang dilakukan..
Terlalu banyak hikmah atas apa yang berlaku..
Banyak perkara yang aku lupa, leka dan lalai..

"TANGGUNGJAWAB & AMANAH" sebagai seorang "HAMBA & KHALIFAH".
Ya Rahman Ya Rahim..Aku sentiasa muhasabah diri ini atas segala yang berlaku.
Engkau pimpinlah diri ini menuju "CINTA & REDHA-MU"..
Beri aku kekuatan dalam "ISTIQAMAH" kepadaMU..

"KEMATIAN" terlalu hampir danganku..
Izinkan aku dan istiqamah dalam beribadah kepadaMU..
Matikan aku dalam "HUSNUL KHATIMAH"..
Tempatku aku dikalangan "PARA SOLEHAH"..
Terima "IBADAHKU" untuk bekalan menuju "Negeri Abadi"..

*Entah sesaat lagi, seminit, sejam, sehari, setahun lgi??
Sama-sama kita berusaha memperbaiki diri sahabat-sahabat..
Bersiap sedialah menuju ke akhirat..


No comments:

Post a Comment