Thursday, August 4, 2011

~MuHaSaBaH CiNtA~

31 julai 2011, bersamaan 29 Sya'ban 1432 Hijrah..
Lagu ini mengingatkan aku kepada pemergian Mohd Hakim bin Md Salim, adik sahabatku yg kemalangan jalan raya akibat di langgar oleh sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang dari menziarahi saudara menuju kerumah.

Menurut kakaknya yang kedua, Hakim suka dengar lagu "MUHASABAH CINTA"..
Masa mula-mula aku dengar lagu ni, aku memang suka sangat sampai letak dalam blog sebagai lagu utama..


Lagu yang menyajikan lirik-lirik yang sangat bermakna kepada "Sang Pencipta"...
Sungguh hebat Allah itu kepada kita..
Pemergian Hakim memberi banyak hikmah dan pengajaran buat diri yang masih hidup.

Usia semuda 17 tahun telah disambut Ilahi, apatah lagi aku kini 22 tahun..

Ya Allah..moga di bulan yang barakah ini, Engkau izinkan aku beribadat kepadaMu sebanyaknya..

Jadikan aku hamba yang sentiasa memohon ampun kepadaMu..


No comments:

Post a Comment