Ya Allah..
Meniti hari demi hari..
Menyelusuri jalanMu..
Aku mengharapkan sekeping hati
Bernama suami mengisi hati ini
Bersama-samaku dalam mengejar cinta Ilahi
Ya Rahman
Aku sentiasa mengharap
Dia hadir pada masanya
Menggenggam erat tanganku menuju jannah
Membimbingku dikala aku terleka
Mengingatkan ku dikala aku alpa
Ya Rahim
Aku sentiasa merindui bakal zauj ku
Sentiasa menunggu dibenak kalbu
Tiada siapa yang tahu
Rahsia agungMU
Hingga kini aku tertunggu-tunggu
DOA ISTIKHARAH
"Ya
Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon
ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan
limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku
tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang
ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini
(sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan
urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan
permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau
mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau
lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan
untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku
dengannya".
No comments:
Post a Comment