Sedih dan macam-macam perasaan menyelubungi diri.
Menitik air mata mencoretkan apa yg terpendam di hati.
Allah, amanahMu tidak dapat aku laksanakan dgn sebaiknya.
Aku terpaksa membuat keputusan berundur dan minta di rehatkan, bukan utk melarikan diri tapi utk aku rehat seketika dan mengambil masa utk menghabiskan sisa-sisa yg terakhir aku di kampus.
Aku akan tetap bersama dalam kerja-kerja dakwah kita tapi mungkin tidak seperti dulu, hanya seketika sebelum manamatkan pengajian.
Jemaah tetap nombor 1 tp aku tetap mementingkan keberadaan aku di kampus kerana ia paling hampir dgn aku. Selepas habis belajar, tiada apa lagi kenangan yg aku boleh coretkan dan dapat aku sumbangkan dan hanya 1 semester sahaja lagi peluang aku utk membantu universiti terutama dalam kerja-kerja da'wah.
Aku pasti akan rindukan saat usrah, liqa' dan program-program ilmiah yg aku join di kampus bersama adik-adik dan sahabat-sahabat selepas ini. Tidak kira adik-adik dan sahabat-sahabat sejemaah tp juga adik-adik junior dan sahabat-sahabat sepengajian.
Taklifan yg aku pegang dan bertindan tanggungjawab bersama jemaah dan di kampus menjadikan aku gagal melaksanakan amanah Allah dgn baik. Aku banyak dan lebih melakukan kerja-kerja da'wah di bawah fakulti dan universiti. Aku bukan saja-saja tapi keberadaan aku di kampus memerlukan aku untuk membantu.
Dalam masa yg sama aku cari side income, kadang-kadang bukan tak nak turun program bersama kalian, tapi aku "tak ada duit". Bukan tak nak bersama kalian tapi aku terpaksa memendamkan kesusahan ini. Sebab itu jugalah aku jarang bersama kalian. Tapi aku tahu, kesusahan dalam melakukan amanah Allah ini menjadikan aku lebih kuat. Aku tetap bersama kalian dari jauh.
Jadi, lepas ni, tamat belajar, insya'Allah hidup aku bersama jemaah selain keluarga. Cukuplah buat seketika ini aku bergerak secara senyap dan sebalik tabir. Semester ni aku hilang fokus, sukar utk mengkader adik-adik dan ini kelemahan aku yg perlu di perbaiki. Mungkin ini masanya utk aku menguatkan lagi jalinan ukhwah sebelum tamat belajar dan meninggalkan kampus januari tahun hadapan,insya'Allah.
Sahabat-sahabat,
Walau aku tidak bersama kalian, aku tahu, kalian sangat hebat,
Kalian mampu lakukan yg terbaik utk agama,
Mungkin Allah pilih aku utk keluar dr pimpinan agar aku boleh islah diri disamping aku mencari sesuatu yg aku cari..
Pencarian aku tidak menemui jalan dan titik noktahnya selagi aku masih bernafas, menjadi hamba kepadaNya.
Aku tetap bersama kalian dlm apa jua keadaan,
Kenangan kita bersama tetap menjadi memori indah,
Tangis dan tawa, suka dan duka kita bersama,
Kalian tetap sahabatku dunia akhirat,
Hanya jarak memisahkan kita dan merasakan kita jauh,
Tapi sebenarnya kita dekat, dekat dalam matlamat Da'wah.
Moga Allah merahmati kalian,
Maafkan aku..
No comments:
Post a Comment