Tuesday, August 7, 2012

R.I.N.D.U

Syukur..selesai sudah kerja-kerja di fakulti..Selepas ni boleh pulang ke rumah tapi bukan bermakna tiada kerja tapi kerja tetap ada..^-^

Teringat lirik lagu Hijjaz :

"Rindu adalah anugerah dari Allah, insan yg berhati nurani, punyai rasa RINDU"



Terasa rindu sangat dgn sahabat-saabat PKPIM-KPIJ
Rindukan usrah dan perkongsian ilmu bersama kalian..moga thabat dalam perjuangan..

Rindu pada sahabat-sahabat sepengajian, suka duka dalam melalui mehnah kehidupan sebagai pelajar..Terutama rindu pada sahabat-sahabat gaduh, Kak Rihan, Wani & lain-lain..

Rindu sangat pada arwah Atok, Nenek, Mak Ngah dan Pak Ngah yg telah meninggalkanku buat selama-lamanya..Tidak dapat balas jasa kalian selama ini..Moga kalian di tempatkan di kalangan mereka yg beriman dan soleh solehah, insya'Allah.

Rindu pada Poksu yg selalu membawa aku jalan-jalan masa kecil. Selepas arwah atokmeninggal, banyak merubah kehidupa kami..Duludekat, kini jauh disisi..

Rindu pada sahabat tersayang..Lama sangat kita tidak bersama berkongsi cerita, bertukar pendapat dan kini kita semakin jauh, SMS pun jarang-jarang, mungkin kerana aku yg tidak memahamimu..:'(

Rindu yg tidak terhingga pada mak ayah. Jarang sekali aku tiada bersama keluarga dikala mereka semua berkumpul. Tak sabar nak balik dan tatap wajah mereka. Aku korbankan hati yang sedih dan berusaha laksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Rindu juga pada masanya ukhwah ini akan kembali seperti dulu buat insan yg ku gelar "adik".
Dulu setiap kali ada peluang, aku pasti akan berkongsi cerita dengan dia, tapi tidak kini apabila aku rasa kecil hati dengan tindakannya..Aku akui, setiap orang melakukan kesilapan, tapi entah kenapa aku terasa hati sangat..Aku bukanlah seorang yg mudah terasa hati, tp tak tahu mengapa kali ini keras sangat hati ini.

Rindu pada Rasulullah..adakah aku ini umat yg bertuah yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak? Ya Rasulullah, tetapo aku teruskan perjuangan da'wahmu demi Islam tercinta.

Sesunggunya RINDU ini fitrah manusia tapi bagaimana kita merasainya dan meluahkannya, haruslah berlandaskan syariat Allah s.w.t

Jangan sampai RINDU ini tidak pada tempatnya..

Tinggal berapa hari je???


Hari ini sudah 18 Ramadhan 1433 hijrah..
Malam ni tarawikh ke malam 19..
Cepatnya masa berlalu..
Dulu kecil sekarang dewasa..
Begitulah fitrah kehidupan kita sebagai manusia..

Allah..adakah lagi peluang untukku mengabiskan Ramadhan kali ini?
Mungkin Ya mungkin Tidak..
Jika Ya, Adakah aku berpeluang pada tahun akan datang pula??
Jika tidak, bagaimana ibadahku ya Allah??
Sebak pula rasa, bergenang air mata mengekang ia daripada mengalir...

Terasa banyak sangat dosa diri ini..
Terlalu banyak..Takut tidak terhapus..
Walau bagaimanapun, aku berusaha memperbaiki diri, berusaha juga menjadi hamba yg terbaik, dan solehah..
Bukan susah sebenarnya nak jadi baik, buat apa yg Alllah suruh, tinggal apa yg dilarang..
Tapi, cakap je pandai nak buat liat!! -marah pd diri-

Harapan dlm Ramadhan yg masih berbaki ini, moga Allah mengkabulkan segala permintaan dan menghapuskan dosa-dosaku pada mak ayah, mereka yg telah meninggal dunia dan semua yg mengenali diri ini..

~mujahadah itu sangat indah dan sabarlah dengan tangisan kepadaNYA~
~pemilik hati dan teman sejati~


Monday, August 6, 2012

Sendirian sempena Nuzul Qur'an

Semalam keseorangan aku di rumah sewa..
Kakak dan adik pulang ke kampung tapi aku pulang ke rumah sewa.
Sedih sangat rasa tapi aku sendirian setelah sahabatku pulang, hanya semalaman sahaja kami bersama.
Sebak bila mak call..tak tahu kenapa..Mungkin penat mengemas rumah sewa agaknya..lebih-lebih lagi tidak dapat bersama lagi-lagi dalam ramadhan ini..

Setelah siap mengemas semua, aku duduk sorang-sorang sambil buat mengemas fail-fail.
Ada handphone sebagai kawan aku. Sambil-sambil menonton cerita kartun Habil dan Qabil yang sangat bermakna buatku.

Kesunyian sangat terasa dan menjadikan aku lebih matang dan berani. Tidak semua perkara kita mesti berteman dan inilah pengorbanan aku sebagai pelajar, ada masa kena korbankan diri sendiri.

Hari ini ke kampus hantar laporan program dan kertas kerja. Lain yang di rancang lain pula yang aku buat hari ini. Macam tak percaya ada di bumi Nilai sedangkan semua sahabat-sahabat pulang ke rumah masing-masing.

Jumpa Penolong Pendaftar, hantar laporan dapat kerja, siapkan sijil-sijil program, kemudian jumpa Dekan menghantar borang kaji selidik program dan perancangan perlu aku siapkan untuk program follow up orang asli pada semester akan datang dan seterusnya bertemu Timbalan Dekan untuk semakan kertas kerja program.

Alhamdulillah dapat siapkan kesemua sijil-sijil dan esok perlu ke kampus lagi untuk tugas seterusnya.

Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana Allah menjadikan aku seorang yang boleh berdikari. Banyak yang aku belajar bila bersendiri.

Kadang-kadang rasa sedih dan menangis sendiri tapi inilah tarbiyyah Allah..sangat indah..

Nuzul Qur'an dan Hikmahnya


Alhamdulillah..hari ini  17 Ramadhan 1433 Hijrah


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Sejauh mana kita mengambil ibrah atas turunnya kalam suci ini?
Adakah kita benar-benar menghayati kandungan Al-Qur'an yang penuh dengan pengajaran dan uigatan kepada manusia???

Antara kelebihan Al-Qur'an :
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. (  Hadith Riwayat Muslim )
2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. ( Hadith Riwayat Muslim )
3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. ( Hadith Riwayat Bukhari )
4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sama-sama kita pertingkat ibadah..Baca Al-Qur'an jangan baca sahaja tapi faham maknanya dan hayati isi kandungannya..^-^ selamat beramal..