Alhamdulillah..hari ini 17 Ramadhan 1433 Hijrah
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana
kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku
pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira',
bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun
atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada
umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Sejauh mana kita mengambil ibrah atas turunnya kalam suci ini?
Adakah kita benar-benar menghayati kandungan Al-Qur'an yang penuh dengan pengajaran dan uigatan kepada manusia???
Antara kelebihan Al-Qur'an :
1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”. ( Hadith Riwayat Muslim )2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. ( Hadith Riwayat Muslim )3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. ( Hadith Riwayat Bukhari )4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Sama-sama kita pertingkat ibadah..Baca Al-Qur'an jangan baca sahaja tapi faham maknanya dan hayati isi kandungannya..^-^ selamat beramal..
No comments:
Post a Comment