DA’WAH
DEFINISI:
Kata dakwah adalah dari bahasa Arab “Da’wah”. Kata kerjanya da’aa yang berarti memanggil, mengundang atau mengajak. Ism fa’ilnya (red. pelaku) adalah da’I yang berarti pendakwah. Di dalam kamus al-Munjid fi al-Lughoh wa al-a’lam disebutkan makna da’I sebagai orang yang memangggil (mengajak) manusia kepada agamanya atau mazhabnya.
RUKUN-RUKUN DA’WAH
1. Da’ie :
- Penyeru Islam.
- Orang yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
2. Mad’u :
-Orang yang menerima da’wah.
3. Maudu’ da’wah (Islam menyeru manusia kepadanya)
I. ‘Aqidah (Hal-hal yang berkaitan dengan Iman , Islam & Ihsan)
II. Syariah (Hukum hakam agama yang berkaitan dengan muamalat,munakahat,jenayat dan faraidh)
III. Akhlaq (Perilaku manusia,tatatertib kehidupan)
METODOLOGI DA’WAH
DEFINISI:
Metodologi berasal daripada perkataan ‘metode’. Metode (metod) bererti cara melakukan sesuatu atau sistem. Ia berasal daripada bahasa Inggeris (method) yang bererti sitem,aturan dan kaedah.
Dalam bahasa arab pula,perkataan yang paling dekat pengertiannya dengan metode ialah perkataan-perkataan uslub, manhaj dan juga wasilah. Uslub bererti jalan atau cara iaitu cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu cara-cara tertentu untuk melakukan pekerjaan (al-Zain).
Manhaj atau minhaj bermaksud jalan atau cara. Wasilah bererti media atau seluruh penyampaian kerja da’wah yang antaranya melalui media massa (Naufal). Bagi Ghalush,wasilah bukan sahaja bermakna saluran tapi uslub itu sendiri atau cara penyampaiannya.
Kesimpulannya,perkataan metode, uslub, manhaj, pendekatan, cara dan kaedah mengandungi pengertian yang hampir sama. Oleh kerana asas ilmu da’wah diambil dari al-Qur’an dan hadis. Jadi pengertian-pengertian tersebut dikaitkan dengan da’wah. Oleh itu,uslub da’wah, manhaj da’wah, pendekatan da’wah, cara da’wah, kaedah da’wah dan metodologi da’wah termasuk ke dalam kumpulan yang sama dari sudut pengertiannya.

ASAS METODOLOGI DA’WAH.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” (al-Nahl:125)
1.Hikmah
2.Nasihat yang baik
3.Berbicara dengan cara yang paling sesuai
Dari perbincangan yang telah dijelaskan dari ayat al-Qur’an yang menjadi asas utama kepada metodologi da’wah, maka 3 asas tersebut dapat dikembangkan menjadi 6 asas seperti:
a) Penjelasan yang nyata dan terang
b) Mudah
c) Berperingkat-peringkat
d) Menjinakkan
e) Menerangkan sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan
f) Bersesuaian dengan keadaan sasaran.
1. Penjelasan yang nyata dan terang
Penting supaya tiada kekaburan dan salah faham
فهل على الرسل الا البلغ المبين
“ Bukankah kewajipan para Rasul hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan jelas.”
(an-Nahl:35)
2. Mudah
Agama Islam disampaikan kepada sasaran dengan cara yang mudah kerana Islam itu mudah. Selaras dengan tabiat semula jadi manusia dan sudah tentu tidak membebankan kerana walaupun ada,ia adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan pengikutnya.
لا يكلف الله نفسا الا وسعها , لها ما كسبت و عليها ماكتسبت
“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.”
(al-Baqarah:286)
فبما رحمة من الله لنت لهم , ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك
“Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.”
(ali-‘Imran:159)
3. Berperingkat-peringkat
Bertujuan untuk tidak memberatkan orang yang menerima da’wah itu dan dapat diikuti oleh sasaran.
4. Menjinakkan
Melalui ayat ini,ALLAH mengingatkan dengan apa yang berlaku ke atas Nabi saw bahawa sikap baginda yang berjina-jinak dengan sasarannya menyebabkan mereka suka berdampingan dengan baginda sehingga menerima ajaran baginda.

وبشروا ولا تنفروا
“Berilah khabar yang baik-baik dan mengembirakan dan janganlah biarkan mereka”
5. Menerangkan sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan
Segala suruhan dan larangan dalam Islam adalah untuk faedah-faedah pengikutnya, sama ada jangka pendek atau panjang dan setiap larangan mempunyai sebab-sebab kenapa berlaku sedemikian.
Ada sebab-sebabnya yang dijelaskan tapi ada juga tidak. Walau apapun, sebabnya tetap ada. Allah Maha Mengetahui segalanya.
"...... وأقم الصلاة , ان الصلاة تنهى عن الفهشاء والمنكر....."
“……dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar…...” (al-‘Ankabut:45)
Ayat tersebut menerangkan faedah solat iaitu dapat mencegah dan manjauhkan diri daripada kekejian dan kemungkaran, yang selepas itu akan membawa seseorang kepada sifat mulia.
انما يريد الشيطن أن يوقع بينكم العدوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكرالله وعن الصلاة , فهل انتم منتهون
“Dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalag-halangi kamu dan mengingati Allah dan melaksanakan solat maka tidakkah kamu mahu mengerti?”. (al-Maidah:91)
6. Bersesuaian dengan keadaan sasaran
Perlu sesuai dengan tahap pemikiran sasaran dari semua golongan dan lapisan.
Dalam hal ini, Saidina Ali pernah berpesan (al-Bukhari,1979,jilid1:41).
“Bercakaplah dengan orang lain berdasarkan kefahaman mereka (dalam linkungan yang mereka boleh faham).
No comments:
Post a Comment