KONSEP:
Sesungguhnya Islam amat mementingkan pembentukan ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Imam Hasan Al Banna pernah menerangkan:
“Islam sangat memandang berat pembentukan ikatan perpaduan antara penganut-penganutnya dan ikatan ini dikenali sebagai usrah. Melalui Usrah,maka umat manusia akan terpimpin kearah contoh-contoh yanag mulia lagi terpuji, serta memperkukuhkan ikatan ukhwah islamiyyah sesama manusia. Ia terbukti bukan sahaja dengan omongan kosong tetapi dijelmakan di dalam senario perbuatan dan amalan.”
RUKUN USRAH:
Ta’aruf ( kenal-mengenali)
Berkenalan di antara satu sama lain merupakan rukun Usrah yang pertama. Ta’aruf membawa maksud berkenl-kenalan antara satu sama lain berlandaskan pembinaan jiwa kasih sayang kerana Allah. Pengertian ukhwah islamiyyah itu perlu diperdalami dan dihayati sedalam mungkin agar ianya tidak di salah erti, jauh sekali disalah aplikasi. Islam telah meletakkan garis panduan bahawa ukhwah itu hanya dapat terbina melalui proses kenal-mengenali antara satu sama lain. Ini dijelaskan oleh Alalh SWT di dalam al-Qur’an:
“ Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengenal lagi Maha Mengetahui.” (al-Hujurat: ayat 13)
Al-Fadhil Mustafa Masyhur di dalam tulisannya “Da’wah Fardiyyah” menjelaskan bahawa da’wah fardiyyah itu terdiri daripada 7 peringkat. Antaranya, peringkat paling utama adalah “membina hubungan dan mengenali setiap orang yang hendak di da’wah. Cuma apa yang ditekankan oleh Mustafa Masyhur adalah tempoh masa yang diambil adalah tidak tertakluk pada tempoh masa tertentu.
Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berpesan kepada pengikut-pengikutnay, “Bergaullah kamu sesama manusia umpama pokok. Mereka membaling kamu dengan batu tetapi kamu membalasi mereka dengan buah”. Dalam konteks Da’wah, tidak kira rakan atau musuh, mereka harus dikenali dan didekati.
Tafahum ( Persefahaman)
Persefahaman adalah rukun usrah yang kedua di mana apabila ikatan ukhwah itu tersimpul pada setelah mengenali hati budi antara manusia, lantas timbul pula rasa faham yang menuntun kepada timbulnya jiwa sanggup mendahulukan kepentingan kawan daripada diri sendiri. Ia berlandaskan hadith Rasulullah yang bermaksud :
“Tidak beriman seorang di antara kamu sebagaimana kamu tidak mengasihi saudaranya sebagaiman ia mengasihi dirinya.”
Ta’awun ( Perseimbangan)
Takaful adalah dasar pemeliharaan diri supaya tidak ada orang yang terbiar. Dalam erti kata yang lain,setiap bebanan yang terpikul akan di jinjing bersama. Dasar perseimbangan ini merupakan “tunjang iman dan intisari sejati”. Ianya dapat dilaksana melalui program gotong royong,sentiasa bertanya khabar dan masalah, ziarah-menziarahi dan berlumba-lumba membuat kebaikan sesama manusia dengan niat yang tulus ikhlas.
MARHALAH (Peringkat & fokus)
1. Marhalah Ta’arif (Pembentukan Fikrah)
Fokus mad’u – ahli baru
Mekanisme awal pengkaderan ahli
Memberi kefahamn dan kesedaran asas mengenai diri, harakah Islamiyyah, da’wah dan Islam secara menyeluruh.
Penekanan diberikan kepada menyemai rasa bertanggungjawab dengan amanah kekhalifan dan peranan yang perlu dimainkan di dalam menjayakn gerakan Islam.
Standard minima-lahirkan ahli yang menjadikan Islam sebagai cara hidup. Mengaplikasi apa yang di perolehi dalam usrah.
2. Marhalah Takwim (Latihan Kemahiran & Da’wah)
Fokus mad’u – ahli yang melepasi usrah Marhalah Ta’arif.
Memberi pendidikan dan latihan (kemahiran kepimpinan) yang lebih mendalam terhadap keilmuan Islam.
Keterlibatan di dalam gerakan kerja Islam sama ada bersifat dalaman (memperkukuh diri & gerakan) atau luaran (khidmat sosial masyarakat).
Memupuk kesedian menjadi pemimpin.
3. Marhalah Tanfidz (Kepimpinan & Keterlibatan Gerakan
Fokus mad’u – Pemimpin & mereka yang berpengalaman.
Menyemai aspek kepimpinan sebagai sumber kekuatan yang perlu disempurnakn adunannya,misalnya aspek keilmuan,budaya gerakan, pemantapan amal rohani,keterbukaan dalam berbeza pendapat, siasah dan lain-lain.
Pendedahan dan perbincangan memperkukuh diri dan mahir membaca kemelut yang dihadapi oleh umat manusia.
Bersedia untuk bertindak menjayakan proses kaderisasi.
PENGHAYATAN BUDAYA MURNI TERAS PENGUKUHAN USRAH
Ada tujuh teras budaya murni yang ingin di tegakkan untuk memugar idealisme gerakan tercinta:
Memugar Budaya Ilmu dan Berakhlak Mulia
Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. PKPIM di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.
Bersedia Untuk Belajar, Mengajar dan Diajar
Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawadu`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.
Penghayatan Amalan Kerohanian
Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.
Memperkasa Semangat Ukhuwwah
Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri.
(Hadis riwayat Bukhari)
Menghayati Amlan Syura, Amal Jama’ie dan Budaya Kerja Terancang
Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.
Prihatin dan Beriltizam Dengan Isu Semasa
Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.
Menghayati Ruhul Jihad Fi Sabilillah
Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.
No comments:
Post a Comment