Monday, August 9, 2010

..:: RAMADHAN KAREEM ::..




رمضان berasal dari perkatan ر,م ,ض bermaksud : menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadhan. Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba-Nya.

KELEBIHAN RAMADHAN

1. Sabda Nabi S.A.W.: Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat,dan nafasnya adalah tasbih, doanya itu mustajab,
dosanya diampunkan Allah dan amal ibadatnya dilipatgandakan.

2. Barangsiapa yang mengerjakn ibadat pada bulan Ramadhan dengan keimananya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu. (Hadis)

3. Puasa itu perisai dan sedekah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api. (Hadis)

4.Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seibu tujuh ratus kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam Syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya. (Hadis)

No comments:

Post a Comment