
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t dengan izin dan limpah kurniaNya, usiaku kini 22 tahun..
5 jun 2011 tarikh yang sangat bermakna dalam hidupku.
Tarikh ini aku menjangkau usia 22 tahun dan genap umurku itu, aku mendapat taklifan yang amat besar sekali dalam jemaah.."Hal Ehwal Siswi" dalam Kesatuan Pelajar Islam Johor.
Ya Allah..terlalu berat amanah ini.. Hari Ulangtahun Kelahiranku kali ini disambut dengan begitu meriah dengan doa oleh semua sahabat-sahabat selepas habis muktamar dengan ucapan dan nyayian lagu "Allah Selamatkan Rafidah"..
Ya Rahman, terharu sungguh aku di buatnya..Menitik air mata di pipi dikala mereka gembira menyambut ulangtahun kelahiranku walaupun tanpa kek..
Inilah hadiah yang sangat bermakna dalam jemaah buatku..
Terima kasih sahabat-sahabt.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..
Moga ukhwah yang terbina di jalan da'wah ini berkekalan selamanya..
No comments:
Post a Comment