Sunday, June 12, 2011

~JAULAH KPIJ~

Alhamdulillah..perjalanan bermula jam 5.00 pagi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.
Berhenti solat subuh di R&R dan sarapan bersama..
Meneruskan perjalanan jam 7.00 pagi dan hantar sahabat UKM di Bangi dan tiba di Kajang jam 9.50 pagi ..
Semasa perjalanan terlalu banyak yang aku dapat..
~kenal sahabt-sahabat lebih mendalam~
~berkongsi ilmu~
~gelak ketawa bersama~
~luahan hati~

Ke pasar mencari lauk..
Masak-masak, makan bersama-sama seperti adik-beradik..
Bestnya, sebab adik-beradik aku makin ramai pula tiba-tiba di rumah Kak Long..=)

Selepas makan..
Meneruskan perjalanan jam 1.00 ptg ke UIAM untuk ke UTM Puncak Alam..
2.45 ptg ke UTM Puncak Alam dan mengenali adik-adik KPIJ dengan lebih dekat..

Alhamdulillah..
Lama juga bersama berkongsi ilmu dan berkenalan..

Dapat hadiah buku,
"8 TOKOH WANITA PENCETUS TURUNNYA WAHYU"
Terima kasih sahabat atas pemberian yang sangat bernilai..
6.30 ptg pulang ke UIAM dan bersama sahabat berecrita dan berkongsi pengalaman..

Seronok sangat rasa..
Peluang yang tidak tahu kedua kalinya..

Alhamdulillah Ya Allah..mengizinkan aku bersama mereka..

No comments:

Post a Comment